Zizi Kirana kurang berkawan dengan perempuan gara-gara pernah dibvli – “Mereka ejek saya p3ndek, hitam, gigi jongang”

SELEPAS penyanyi rap Yonnyboii mend3dahkan pengalaman dibul1, kini Zizi Kirana tampil berkongsi kisah yang hampir sama apabila diejek dengan pelbagai gelaran.

Zizi atau nama sebenarnya Nurfazelah Mad Tahil, 35, berkata, dia dipanggil dengan gelaran yang mengh1na fizikalnya seperti pend3k, h1tam dan jongang.

Bagaimanapun, perkara itu dapat diselesaikan selepas dia mendapat keyakinan diri untuk berdepan dengan pelajar yang membvlinya.

Pengalaman Zizi dibvli rakan sekolah yang dikongsikan di Instagram Story.

“Sampai ada gelaran si p3ndek dan bila lalu depan orang-orang (yang mengejek) tu, mereka akan ramai-ramai cakap Nurfazelah (Zizi) p3ndek.

“Tapi bila saya dah tingkatan tiga, mereka tak berani dah, sebab siapa yang ejek tu memang saya tunggu depan pagar sekolah… ajak mereka bermesyuarat,” tulisnya.

Penyanyi lagu Eh ini berkata dia sering dipanggil pelbagai gelaran namun lama-kelamaan sudah terbiasa dan tidak lagi ambil kisah tentang ejekan orang.

Dalam pada itu, Zizi turut memberi semangat kepada peminat-peminatnya agar bersikap berani mengatasi masalah itu.

Zizi pernah d1ejek pendek dan hitam pada zaman sekolah.

“Macam-macam ejekan yang saya dapat masa awal masuk sekolah menengah… di3jek sebab pendek, hitam, gigi jongang.

“Tapi lama-lama dah biasa, dah tak ambil kisah, dalam tak ambil kisah tu pun, ada masa juga saya akan bagi pengajaran untuk si tukang ej3k.

“Jadi, siapa yang selalu diej3k atau dibvli, tetap semangat!” ujarnya.

Perempuan la yang paling suka meng3jek saya dulu

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Lebih menghairankan, kata Zizi, dia diejek oleh sekumpulan pelajar perempuan sehingga membuatkannya lebih selesa berkawan dengan lelaki.

Zizi juga menyedari terdapat rakan-rakan yang hanya berpura-pura mahu berkawan, namun tidak boleh menerima kejayaan yang dicapainya.

“Perempuan la yang paling suka mengejek saya dulu, sebab tu sampai sekarang saya sangat memilih berkawan dengan perempuan.

“Tak ramai tak apa, janji tak bercampur dengan orang-orang toksik.

“Kadang-kadang ada yang mengaku kawan baik, walhal tak boleh terima kalau kawan baik kau ada kelebihan sedikit…kesian!

“Eh, jangan terasa kalau tak betul,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Zizi Kirana kurang berkawan dengan perempuan gara-gara pernah dibvli – “Mereka ejek saya p3ndek, hitam, gigi jongang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*