“Jangan A1bkan Suami Kita…,” – Datin Seri Noniswara

Permasalahan rumah tangga yang melibatkan orang ketiga bukan satu perkara baru dan mungkin boleh berlaku di kalangan sesiapa sahaja.

Pelakon senior, Datin Seri Noniswara ada berkongsi pendapat mengenai isu cur4ng dalam rumah tangga.

Pelakon senior berusia 55 tahun ini menambah, sebagai isteri kita tidak sepatutnya menceritakan kebvrukan suami pada orang lain.

“Jujurnya saya pernah perkara tersebut dan bagi saya, apa sahaja yang berlaku seboleh-bolehnya usah a1bkan suami, terutamanya kepada orang luar.

“Saya percaya, dalam melayari alam rumah tangga akan ada pasang surutbya. Jadi sebagai wanita, hal sedemikian akan dialami tetapi biarlah kita sendiri selesaikan bersama pasangan.

“Isu ini biasa berlaku sama ada dalam kalangan artis atau sesiapa sahaja. Cuma kalaulah ia berlaku, akan lebih banyak memandang kepada golongan selebriti.

“Bila ia berlaku, netizen akan beri macam-macam telahan jika kita terlalu berkongsi. Jadi lebih baik serahkan pada Dia dan banyak-banyak pohon dia moga dipermudahkan masalah

“Daripada a1bkan diri masing-masing, lebih baik kita diamkan sahaja dan cuba selesai sendiri bersama pasangan,” jelasnya kepada MH.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tidak menafikan pernah berdepan situasi yang lebih kurang sama menerusi perkahwinan terdahulu.

“Seboleh-bolehnya, saya tak nak mengeruhkan keadaan dan sebenarnya bila difikirkan, itulah yang terbaik.

“Sebagai seorang isteri, pasti kita akan rasa sed1h, sangat perit. Malah rasanya seolah-olah dunia ini gelap sangat.

“Akan tetapi, bila rasa sudah tenang, bawa berbincang dan kalau sudah tiada jodoh, siapalah kita untuk meneruskan? Semuanya kepada Tuhan,” kongsinya lagi.

Sekadar infomasi, Noniswara sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Zakaria Rahman dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Selepas itu, bintang drama bersiri Cinta Bukan Kristal ini berkahwin dengan Datuk Rosman Ridzwan pada tahun 2006 namun berp1sah pada tahun 2013.

Kini, Noniswara bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan yang dikahwininya sekitar tahun 2015.

Noniswara telah ditemui di majlis pelancaran produk penjagaan kulit Ali Zahra di Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

sumber: MH/Pisang Daily

Be the first to comment on "“Jangan A1bkan Suami Kita…,” – Datin Seri Noniswara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*