Mahu jadi muslimah yang baik, Zila Bakarin mula jaga batas pergaulan

SEJAK mula berhijab pada Februari lalu, dram4tis Zila Bakarin mengakui kehidupan seharian yang dialui kini agak berbeza.

Pemilik nama sebenar Rosmawati Bakarin, 45, berkata, biarpun terdapat perubahan dalam dirinya, namun dia masih sama seperti yang ramai kenali dahulu.

“Memang ada perbezaan yang ketara sangat tetapi saya tetap Zila Bakarin yang sama.

“Saya ambil inisiatif yang sangat pos1tif sebab berhijab dan menutup aur4t adalah sebahagian daripada tuntvtan agama untuk kaum perempuan.

Zila bersama suami dan anak-anak mereka.

“Saya dah ke ar4h tu, tapi benda lain saya sama saja. Saya masih seorang yang sangat peramah,” katanya kepada mStar.

Katanya, walaupun dia masih seorang yang peramah Zila mula menjaga bat4s pergaulan terutama dengan golong4n bukan mahr4m.

Selain itu, pelakon drama Dendam Aurora ini berkata dia juga belajar untuk menjaga percakapan serta perbuatannya demi menjadi muslimah yang baik.

“Kalau dekat s3t penggambaran dulu hidup saya bertepuk tampar dengan orang tu biasa saja… bergurau tu biasa saja, tapi sekarang kena ada batasan la.

Bagus juga, Allah nak bagi saya rehat dan teruskan beristiqamah.

ZILA BAKARIN

PELAKON

“Tak manis dan tak elok la bila kita dah berhijab dan bertutup ni. Kita sudah melakukan tuntvtan yang disuruh Allah, tiba-tiba dari segi mulut dan perbuatan kita tak melambangkan muslimah yang baik,” ujarnya.

Bercerita tentang dirinya yang tidak diterima berlakon ketika fasa awal berhijab, Zila berkata, pihak produksi berbuat demikian kerana tanggapan netizen bahawa seseorang yang berhijab perlu berperwatakan baik dan bukan membawa watak antagonis.

Bagaimanapun, Zila tidak menyalahkan mana-mana pihak mal4h bersyukur kerana menganggap ini jalan terbaik untuknya sentiasa istiqamah dalam berhijab.

“Mungkin pihak produksi tak percaya yang bila kita dah bertudung, kita masih boleh bawa watak jah4t.

Zila tidak ambil hati jika tiada tawaran berlakon.

“Sebenarnya boleh saja, tak ada mas4lah… tapi mereka takut netizen mengkr1tik. Ramai ingat bila bertudung, semua baik.

“Memang banyak produksi tolak saya sebab mereka nak saya yang dulu, tapi tak sesuai.

“Bagus juga, Allah nak bagi saya rehat dan teruskan beristiqamah. Saya tahu Dia tak nak bila saya bertudvng tiba-tiba saya jadi penggambaran dan jadi kekok dengan hidup saya.

“Kalau dah tertulis itu bukan rezeki saya maka ia bukan rezeki saya. Benda tu saya kena reda dan tak pernah rasa kecil hati atau mar4h,” katanya.

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Mahu jadi muslimah yang baik, Zila Bakarin mula jaga batas pergaulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*