“Takvt Tapi…“ – Alam Wakaka Pilih Gadis 15 Tahun Lebih Muda Jadi Tunangan

Pelakon dan koreagrafer popular, Alam Wakaka selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Nurul Alisya Najwa Hazman semalam.

Alam atau nama sebenarnya, Muhamad Haslam Abd. Rahman, 34, mengikat tali pertunangan dengan gadis berusia 19 tahun itu dalam sebuah majlis yang diadakan di Segamat, Johor.

Menurut Alam, dia sedar bakal isterinya jauh lebih muda 15 tahun daripadanya, namun menganggap itu sebagai ketentuan jodohnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Allah, Jika dia bukan Jodohku, ketemukan dia dengan lelaki sebaik lelaki yang pernah aku kenali.. AMIN… #countingdays💍 #kepalagila

A post shared by Alam Wakaka ™ (@alamwakaka) on

“Saya dah berkawan dengannya dah hampir tiga tahun selepas pvtusnya hubungan dengan yang lama sebelum ini selama tujuh tahun.

“Kira memang jauh juga jarak umur, tapi nak buat macam mana. Ini adalah satu keputvsan yang berat buat saya. Takut, tapi kuat kerana sayang,” katanya kepada Astro Gempak.

Menurut Alam lagi, sepanjang perkenalan dengan gadis tersebut, dia juga tidak pernah mempunyai sebarang tarikh khas sambutan ulang tahun seperti pasangan lain.

“Saya dan tunang tidak ada anniversary macam pasangan lain,” katanya lagi.

Alam mengikat tali pertunangan untuk tempoh enam bulan sahaja sebelum berhasrat untuk mengadakan majlis pernikahan pada awal tahun depan.

Terdahulu, majlis pertunangan yang diadakan di kediaman wanita tersebut di Segamat, Johor hanya dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

Alam menerima tujuh dulang hantaran berbal4s lima.

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Takvt Tapi…“ – Alam Wakaka Pilih Gadis 15 Tahun Lebih Muda Jadi Tunangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*