“Ni Abang Dakap, Bukan Pulut Dakap!”- Syatilla Melvin Reward Ibu Dengan Gelang Emas

Pelakon Syatilla Melvin tidak menyangka dapat menghadiahkan ibunya gelang emas yang lebih besar hasil dari titik peluhnya berniaga.

Menurut Syatilla, sejak dari dulu dia mengutamakan ibunya dan hasil doa ibunya juga dia berjaya dan dimurahkan rezeki.

“Dahulukan yang tercinta. Dulu rasa mustahil dapat masuk kedai emas dan terus beli tapi Allah memang maha adil.

“Bila kita utamakan orang tersayang lebih dari diri sendiri Allah balas dengan semua bentuk bahagia dan rezeki melimpah-melimpah bagai ke ladang gandum lalu ambik coco crunch makan dengan susu, ya Allah sedapnya.

“Ibu jangan pernah berhenti berdoa untuk keberkatan anak-anak ibu dunia akhirat. I love you,” katanya.

Isteri kepada Shaheizy Sam itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusti entri terbabit, dia memuat naik video ketika membeli dan menghadiahkan barang kemas itu kepada ibunya.

Dalam video tersebut, ibunya gembira dan terkejut kerana menerima gelang emas sebesar itu. Syatilla menambah gelang emas rekaan yang biasa dipanggil pulut dakap itu digelarnya “abang dakap”.

Pun begitu, Syatilla berharap agar apa yang ditunjukkan memberi inspirasi kepada orang lain untuk berniaga dan menjana pendapatan hasil dari titik peluh sendiri.

“Moga video ni dapat bagi inspirasi untuk orang-orang di luar sana supaya mula berniaga atau cari duit hasil titik peluh sendiri untuk bahagiakan orang yang tersayang,” katanya lagi.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang bangga melihat Syatilla kerana pandai menghargai ibunya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak/ Berita Stedy Press

Be the first to comment on "“Ni Abang Dakap, Bukan Pulut Dakap!”- Syatilla Melvin Reward Ibu Dengan Gelang Emas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*