Misha Omar Nyanyi Semula Lagu-Lagu Ziana Zain, “Fuhhh..Tak Pernah Mengecewakan”

Nama Misha Omar cukup sinonim dengan lagu berentak balada yang dinyanyikannya. Penyanyi yang sudah agak lama mencipta nama dalam industri hiburan tanah air ini memiliki bakat dan suara yang cukup enak dan merdu untuk didengarkan.

Antara lagu-lagunya yang terkenal adalah Bunga-Bunga Cinta, Dedebu Cinta, Ku Seru, Pulangkan, Tanpa Rela dan banyak lagi. Biarpun begitu, baru-baru ini Misha Omar berkongsikan beberapa video nyanyiannya di Instagram. Lagu-lagu yang dinyanyikannya adalah dari penyanyi asal Ziana Zain.

Menurutnya sendiri, Misha Omar nyanyi semula lagu-lagu ini adalah sempena 30 tahun penyanyi ini bergelar anak seni. Demi menghargai jasanya, jadi Misha Omar belanja peminat mereka dengan video-video seperti berikut:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Wah, nampaknya bukan calang-calang juga yang menyanyikan semula lagu ‘living legend’ kita ini! Memang cukup rasa, merdu dan mendayu-dayu sekali mendengarkannya. Nama pun Misha Omar kan? Siapa sahaja yang dapat menidakkan bakat yang ada padanya. Video Misha Omar nyanyi semula lagu-lagu ini telah meraih perhatian ramai. Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Fuhhh..Tak pernah mengecewakan. ZZ is a living legend”

Misha Omar Nyanyi Semula 3

“100% sedap. Takde bunyi Kak Ziana. Terbaik kak Mich saya suka”

Misha Omar Nyanyi Semula 2

“Teringat memori2 ni masa sekolah hahaha”

Misha Omar Nyanyi Semula 1

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Misha Omar Nyanyi Semula Lagu-Lagu Ziana Zain, “Fuhhh..Tak Pernah Mengecewakan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*