Pasangan Kembar Anak Eina Azman Buat ‘Cooking Show’, “Apasal Comel Dooh…”

Misteri dalam drama The Maid yang kini ditayangkan di Astro hasil lakonan Sherry Alhadad, Eina Azman, Norman Hakim dan ramai lagi ini nampaknya masih belum terungkai. Sebuah drama misteri, santai dan terselit lawak ini memiliki pengikutnya tersendiri.

Malah rasanya lama juga Eina Azman tidak muncul di kaca TV, membuatkan peminatnya boleh mengubat rindu lakonan pelakon jelita ini. Dalam masa sama, Eina Azman atau nama penuhnya Datin Paduka Ainur Syakina Azman ini memiliki sepasang kembar berlainan jantina, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Baru-baru ini pasangan kembar anak Eina Azman ini telah pun menyambut ulangtahun kelahiran kelima mereka. Pejam celik, sekejap sahaja sudah besar anak selebriti ini. Dalam perkongsian terbaharu Eina Azman, dipaparkan Arianna Aubrey dan Karl Kareef berkongsikan cara buat kek coklat.

Intro kedua-dua si cilik ini sahaja sudah buat ramai yang geram! Manalah tumpahnya kuah jika tak ke nasi, comel macam ibunya juga. Berikut adalah perkongsian Eina Azman yang memaparkan telatah kedua-dua anaknya ini:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman)

Bukan main gayanya pasangan kembar anak Eina Azman ini ya! Perkongsian ini telah meraih lebih 369 ribu tontonan dan 49 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dan begitu juga rakan selebriti lain. Berikut antara reaksi mereka yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Alahai comel nye…Yang penting eye contact tu mesti ke camera”

Anak Kembar Eina Azman 3

“Wowww mekap kemain tauuuu..Kelip2 Tu memang dah style lahhh…”

Anak Kembar Eina Azman 2

“Ya Allah comelnya geramm nak picit si Aubrey”

Anak Kembar Eina Azman 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Pasangan Kembar Anak Eina Azman Buat ‘Cooking Show’, “Apasal Comel Dooh…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*