Klasik! Nad Zainal Beri Nama Anak Kedua… Budi Kalsom – “Semoga Sentiasa Indah Pekerti, Lembut Perwatakannya”

SELEPAS tujuh hari melahirkan cahaya mata kedua, pelakon Nad Zainal akhirnya sedia berkongsi jantina dan nama bayinya itu dengan peminat.

Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 30, memberikan nama Budi Kalsom untuk anak perempuannya itu.

Menurut Nad, dia memilih nama tersebut kerana memiliki banyak maksud yang baik.

“Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya.

“Budi Kalsom nama diberi… selamat hadir dalam hidup kami,” katanya menerusi laman Instagram pada Isnin.

 

Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya!

NAD ZAINAL

PELAKON

Nad bagaimanapun menutup ruangan komen pada perkongsian terbaharunya itu.

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 30 Mac lalu.

Nad Zainal dedah nama anak keduanya.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Nad berkata dia akan mendedahkan jantina dan nama anak keduanya itu pada hari ketujuh kelahiran.

“Alhamdulillah proses kelahiran dipermudahkan dan semuanya berjalan lancar.

“InsyaAllah jantina anak akan dimaklumkan pada hari ketujuh kelahiran. Nama pun tak fikir lagi… terima kasih atas ucapan dan doa semua ya!” ujarnya

Nad mendirikan rumah tangga dengan Faliq pada 18 Disember 2015 dan anak sulung mereka yang bernama Fahad Ibrahim kini sudah berusia lima tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mStar 

Be the first to comment on "Klasik! Nad Zainal Beri Nama Anak Kedua… Budi Kalsom – “Semoga Sentiasa Indah Pekerti, Lembut Perwatakannya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*