“Daddy Nak Hijau Dh Tu”, Suasana Sesi Bergambar Keluarga Dr Sheikh Muszaphar Riuh!

Memiliki keluarga dengan bilangan ahli yang ramai bukan sahaja akan memberikan 1001 kenangan suatu hari nanti malah pengalaman membesar bersama ini sangat berharga dan tidak semua dapat merasainya. Jika zaman dahulu, memiliki anak ramai nampak seperti biasa.

Namun hari ini jarang-jarang sekali bilangan anak melebihi dari tiga atau paling ramai pun hanya empat sahaja. Kini bukan bilangan anak menjadi ukuran tetapi kos membesarkan mereka yang bukannya murah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina)

Namun begitu umum sedia tahu tentang keluarga Dr Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia yang memiliki enam anak. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik isterinya, Dr Harlina baru-baru ini kelihatan keluarga ini sedang menjalani sesi bergambar di studio.

Dalam rakaman tersebut dipaparkan suasana sangat riuh dengan telatah comel anak-anak kecil pasangan dikagumi ramai ini. Berikut adalah perkongsian suasana sesi bergambar keluarga Dr Sheikh Muszaphar yang dimuat naik tersebut:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina)

Memang meriah betul! Perkongsian suasana sesi bergambar keluarga ini telah meraih lebih 600 ribu tontonan. Malah warganet turut mengagumi tahap kesabaran Dr Harlina yang bijak mengawal anak-anaknya. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“This is super kelakar. Macam2 karenah anak nak kena entertain, plus mommy yang nak maintain awaning tudung lagi…”

Suasana Sesi Bergambar 3

“Hehehehe Dr Sheikh dah hujung2 tu nak meletup”

Suasana Sesi Bergambar 2

“Sabar sungguh dr dan dato….”

Suasana Sesi Bergambar 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "“Daddy Nak Hijau Dh Tu”, Suasana Sesi Bergambar Keluarga Dr Sheikh Muszaphar Riuh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*