10 Tahun Menanti, Azmi Saat Bakal Timang Anak Pertama. Tahniah!

Selepas hampir 10 tahun menanti, vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mendedahkan bakal menimang cahaya mata sulung.

Berita gembira itu dikongsikan oleh penyanyi itu selepas kumpulannya iaitu Heart memenangi Juara Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).

“Sebenarnya saya sudah mengetahui perkara ini sejak 2 bulan lalu tetapi masih belum memberitahu sesiapa kerana kandungan itu masih awal. Alhamdulillah, kini kandungan isteri dah memasuki usia 4 bulan,” ujarnya.

Azmi berkata sebelum ini isterinya pernah hamil namun tiada rezeki menimang cahaya mata selepas keguguran pada tahun ke-8 perkahwinan mereka.

“Sebenarnya isteri pernah hamil di tahun ke-8 perkahwinan. Tapi tak sampai 2 bulan gugur, tak ada rezeki. Saya sangat bersyukur Allah kurniakan nikmat sekali lagi untuk rasa tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi turut berkongsi cerita mendebarkan apabila isterinya terpaksa dikejarkan ke hospital ak1bat ses4k n4fas sewaktu dia sedang membuat latihan persembahan MLS2.

“Saya terpaksa bergegas ke hospital atas urusan kec3masan, Isteri memang ada asma jadi dia alami ses4k n4fas ak1bat penyak1t itu. Alhamdulillah selepas mendapat rawatan doktor, isteri kembali pulih,” katanya.

Azmi mendrikan rumah tangga pada tahun 2011 dengan wanita pilihan hati, Nazira Muhammad yang juga merupakan seorang OKU cac4t penglihatan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Rotikaya 

Be the first to comment on "10 Tahun Menanti, Azmi Saat Bakal Timang Anak Pertama. Tahniah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*