Tahun Ketiga Berhijab, Zizi Kirana Teruskan Amalan Tutup Aurat Sepanjang Ramadan

RAMADAN kali ini merupakan tahun ketiga penyanyi Zizi Kirana meneruskan amalan menutup aurat bagi menghormati bulan mulia ini.

Sama seperti tahun sebelumnya, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 36, berkata dia mengenakan tudung itu atas kerelaaan diri sendiri.

“Alhamdulillah tahun ketiga saya masih sama… bulan ramadan ini saya teruskan bertudung.

“Sama seperti yang saya pernah katakan sebelum ini… saya mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik. Manalah tahu saya akan bertudung terus selepas ini,” katanya kepada mStar.

Zizi hormati bulan Ramadan dan minta peminat mendoakan yang terbaik.

Sebelum itu menerusi Instagram, penampilan Zizi dengan mengenakan tudung dan memakai jubah menerima pujian pengikut.

Rata-rata memuji tindakan Zizi menutup aurat sepanjang Ramadan dan berharap imej itu dikekalkan buat selama-lamanya.

 

Saya juga baru lancarkan dua lagu sempena Ramadan ini iaitu Syafaat kolaborasi bersama kumpulan Unic dan lagu Ramadan bersama Hafiz Hamidun!

ZIZI KIRANA

PENYANYI

“Zizi ni paling cantik masa bulan Ramadan… pakai tudung dan sebagainya, harap dia dapat istiqamah dan cantik sampai bila-bila.

“Subhanallah cantik sangat… sejuk mata kami memandang!” tulis pengikut pada ruangan komen.

Ramadan ini Zizi sibuk menjalani penggambaran drama dan beberapa program televisyen.

Bercakap mengenai karier seni, penyanyi lagu Eh ini berkata Ramadan kali ini dia sibuk menjalani penggambaran drama dan pembikinan video muzik lagu raya.

“Aktiviti Ramadan kali ini agak sibuk berbanding tahun sebelum ini, bulan puasa ini saya lebih banyak di set penggambaran drama.

“Selain itu saya juga perlu menyiapkan pembikinan MV lagu raya dalam masa terdekat. Semoga semua urusan ini dipermudahkan. InsyaAllah.

“Saya juga baru lancarkan dua lagu sempena Ramadan ini iaitu Syafaat kolaborasi bersama kumpulan Unic dan lagu Ramadan bersama Hafiz Hamidun,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Tahun Ketiga Berhijab, Zizi Kirana Teruskan Amalan Tutup Aurat Sepanjang Ramadan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*