Anak Fasha Sandha Dah 8 Bulan, Foto Comel Bikin Selebriti2 ‘Geram’

Sejak mendirikan rumah tangga, pelakon jelita Fasha Sandha bersama jejaka pilihan hatinya, Aidil Aziz pada 2019, pasangan ini sering mendapat perhatian umum. Jarang terpalit kontroversi, Fasha Sandha dan suami juga disenangi ramai.

Kini Fasha Sandha dan Aidil Aziz juga selalu menjadi antara pasangan selebriti yang diikuti peminat perkembangan mereka diruangan Instagram masing-masing.

Pun begitu, pasangan ini semakin bahagia juga selepas dikurniakan cahaya mata perempuan yang sangat comel, saling tak tumpah seperti ayahnya dan cantik seperti Fasha Sandha. Kemana tumpahnya kuah kalau tak kenasi bukan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Terbaharu pula, Fasha Sandha mengutarakan rasa syukurnya kerana anak perempuannya yang diberi nama, Aisha Amaira telahpun memasuki usia 8 bulan selepas dilahirkan pada Ogos tahun lalu.

Walau bagaimanapun, posting Fasha Sandha ini mengundang begitu ramai selebriti yang tertarik dengan kecomelan Aisha Amaira apabila dia dilihat dipakaikan telekung.

“Susah nak mintak posing now… dia buat muka ketat. Anak ibu dah 8 bulan. Syukur Alhamdulillah.” Tulis Fasha Sandha diruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Posting Fasha Sandha itu menerima komen daripada selebriti seperti Fazura, Siti Sarah dan beberapa rakannya yang lain. Sementara itu, foto comel anak Fasha Sandha tersebut juga mendapat lebih 87 ribu tanda suka.

“Happy 8 months Aisha”

Anak fasha

“Cantiknya…”

IMG_20210419_131434

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Anak Fasha Sandha Dah 8 Bulan, Foto Comel Bikin Selebriti2 ‘Geram’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*