Selamba Usik Anak Shukri Bikin Netizen Gelak Besar, Tak Sangka Kelakar

Sebut sahaja nama Shukri Yahaya pasti ramai sudah mengetahui dengan bakat lakonan hebatnya yang tidak perlu diperkenalkan malah dia tidak dinafikan menjadi antara pelakon lelaki kegemaran ramai.

Apatah lagi dengan lakonannya dalam drama berjudul, 7 Hari Mencintaiku dalam siri pertama dan kedua sebagai watak Khuzairi dan rasanya penonton drama tersebut mengenali dengan watak serius dia.

Namun begitu, selepas menonton video yang tular di aplikasi TikTok ini ternyata mengejutkan orang ramai dengan sikap berbezanya dalam drama tersebut yang bukan serius tetapi seorang yang kelakar.

IMG_20210419_131649

Kelihatan menerusi video, dia mengusik anak perempuannya yang tidak berpuasa dan berkongsikan beberapa gelagat ‘ter’ yang dilakukan puterinya, Ameena.

Perkongsian daripada pengguna atas nama kakbee itu ternyata mencetuskan orang ramai dapat mengenali sikap lucu Shukri Yahaya sehingga gelagat selamba dia membuatkan wargamaya melihat berulang kali.

Sementara itu, diruangan komen juga wargamaya tidak menyangka bahawa dia juga seorang yang kelakar dan gara-gara video selamba tersebut Shukri Yahaya membuatkan ramai terhibur.

“Adakah aku seorang je ke berulang kali lebih 5 kali… alamak ter, ulangkali lak”

Shukri

“Perangai luar dia memang tak ngam dengan perangai set kan hahahaha”

IMG_20210419_131920Shukri

“Keluarga Shukri Yahaya antara keluarga artis yang aku suka, dia guna…”

IMG_20210419_132007

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Selamba Usik Anak Shukri Bikin Netizen Gelak Besar, Tak Sangka Kelakar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*