Dah Mula Bekerja, Zahirah MacWilson Dipuji Tak Tinggalkan Anak

 

TINDAKAN pelakon Zahirah MacWilson yang tidak sesekali meninggalkan anak kecilnya, Isaac Raees ketika keluar bekerja dipuji peminat.

Menerusi Instagram Story, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol Johari MacWilson, 26, berkongsikan foto dia memerhati anaknya itu ketika sedang disolek.

Menurut Zahirah, dia berasa beruntung dapat membawa sekali anaknya ke tempat bekerja, namun memahami tidak semua ibu dapat melakukan perkara sama.

“Alhamdulillah, saya sangat beruntung dapat bawa sekali anak lelaki saya ke tempat kerja tapi tidak semua ibu di luar sana dapat kesempatan seperti ini.

Perkongsian Zahirah di Instagramnya.

“Kalau tinggal, tidak bermakna kita tak sayang baby. Sesetengah ibu tiada pilihan dan terpaksa berkorban demi mencari rezeki untuk keluarga.

“Kita mesti hargai dan memberi sokongan terhadap ibu-ibu bekerjaya di luar sana yang di atas segala pengorbanan mereka,” katanya.

 

Alhamdulillah, saya sangat beruntung dapat bawa sekali anak lelaki saya ke tempat kerja.

ZAHIRAH MACWILSON

PELAKON

Zahirah turut menambah sejak bergelar seorang ibu, dia kini lebih memahami pengorbanan yang dilakukan ibunya, Maslinda Yusof selama ini.

“Bila dah jadi ibu ini, kita sendiri akan sedar betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu kita sendiri.

“Bukan sahaja daripada sudut kerjaya tetapi juga daripada segi mental, fizikal, emosi serta ketenangan minda mereka.

Zahirah dan Aiman bersama buah hati mereka, Isaac Raees.

“Sekarang pergi peluk ibu anda masing-masing (untuk tunjukkan rasa penghargaan),” katanya.

Pelakon filem Bulan Dan Pria Terhebat ini berkahwin dengan aktor Aiman Hakim Ridza, 32, pada 20 Februari tahun lalu di Damansara Perdana, Selangor.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Isaac Raees yang dilahirkan pada 5 Januari lalu di Perth, Australia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mStar 

Be the first to comment on "Dah Mula Bekerja, Zahirah MacWilson Dipuji Tak Tinggalkan Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*