Comelnya! Datuk Siti Kongsi Reaksi Aafiyah Jumpa Adik – “Surprise, Tiba-Tiba Adik Ada Terus Senyum Meleret”

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi reaksi anak sulungnya, Siti Aafiyah sewaktu bertemu dengan adik kesayangannya.

Reaksi comel Aafiyah itu dimuat naik oleh Siti menerusi satu rakaman video pendek di akaun Instagramnya.

Video itu jelas menunjukkan Aafiyah tersenyum malu-malu sebelum memeluk adiknya dengan penuh kasih sayang.

“Ayah buat surprise kat kakak Aafiyah.. Tiba tiba adik ada di sebelah, terus bangun senyum meleret…” coretnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Siti selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 19 April 2021. Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pemb3dahan.

Siti dan Datuk K berkahwin pada tahun 2006 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang juga hasil proses IVF selepas 11 tahun menantikan cahaya mata.

Sumber: Gempak 

Be the first to comment on "Comelnya! Datuk Siti Kongsi Reaksi Aafiyah Jumpa Adik – “Surprise, Tiba-Tiba Adik Ada Terus Senyum Meleret”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*