Aaron Aziz Tak Sangka Dapat Ubah Nasib Diri, Pernah Lalui Zaman Remaja Yang Gelap

 

SEIRING dengan kematangan usia, pelakon Datuk Aaron Aziz tidak menyangka akan beroleh kehidupan selesa seperti yang dikecapinya hari ini.

Menurut Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 45, dia pernah melalui fasa gel4p dalam kehidupannya lebih-lebih lagi ketika di usia remaja namun berbekal azam dan semangat yang kuat dia akhirnya berjaya merubah dirinya menjadi insan lebih baik.

“Setiap manusia ada masa silam dan gemilang. Ada yang untuk kebaikan, ada juga sebaliknya. Untuk saya, apa boleh dikatakan adalah masa silam yang penuh kep3ritan atau zaman jah1liah.

“Malah, saya akui pernah beberapa kali melampaui batas dan akhirnya mendapat balasan… pelbagai cab4ran dan dug4an perlu dilalui sebelum saya berjaya keluar dari kegelapan itu.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini mahu memberikan fokus pada bidang perniagaan..

 

“Namun, itu semua yang mendewasakan dan mematangkan diri. Walaupun ada ketika dipandang h1na, tapi saya percaya keadaan kita tak selamanya di bawah jika ada rasa ingin berubah,” katanya kepada mStar.

Berkat usahanya, anak kelahiran kota Singapura itu kini telah berjaya menjadi antara penerima trofi Malaysia Prestigious Industry Awards (MYPIA) yang berlangsung baru-baru ini menerusi kecemerlangan dalam bidang perniagaan.

Menurut Aaron, penghargaan yang diterimanya itu menunjukkan dia tidak main-main dan mahu serius dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

 

Saya akui pernah beberapa kali melampaui batas dan akhirnya mendapat balasan.

DATUK AARON AZIZ

PELAKON

Terbaharu, Aaron muncul dengan koleksi pakaian ‘street wear’ menerusi jenama Hombre 21 yang mana ia satu lagi usaha ke arah membina empayar perniagaan dan mengukuhkan jenamanya dirinya.

Menurut Aaron, Hombre adalah perkataan yang diambil dari bahasa Sepanyol yang membawa maksud semangat persaudaraan atau ‘brotherhood’.

“Kalau ikutkan koleksi pakaian ini sudah dijual di Singapura. Selepas pemiliknya iaitu Azhar Sulaiman menjadi rakan perniagaan saya, itu yang ambil keputusan untuk pasarkan di sini pula. Saya mahu jenama Hombre ini menjadi pilihan masyarakat dan terkenal seperti kebanyakan jenama ‘street wear’ lain.

“Saya yakin koleksi ini mampu memberi kepuasan kepada sesiapa saja yang memakai dan memilikinya. Dari segi harga pula, ia cukup berbaloi dengan rekaan dan kualiti yang ada iaitu bermula serendah RM100, ” katanya.

Keluarga bahagia Aaron Aziz.

Sementara itu, dalam perkembangan seni, Aaron bakal tampil dalam drama Imamku Lelaki Pendosa terbitan Global Station Sdn Bhd yang akan ditayangkan di Slot Akasia, TV3.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada penerbit dan stesen TV yang masih memberi kepercayaan kepada saya. Diakui, drama ini antara karya yang memberi cabaran baharu buat saya dari segi karakter.

“Malah, dapat berlakon dengan pelakon baharu iaitu Sophia Albarakbah turut memberi pengalaman baharu kepada saya di samping pelakon ternama sedia ada. Saya tidak mahu terlalu meletakkan harapan tinggi pada drama ini, tapi apa boleh dikatakan Insya-Allah, karya ini memang lain dari yang lain,” katanya.

Selain Aaron, drama arahan Eyra Rahman itu turut menampilkan Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail dan Ungku Hariz.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Aaron Aziz Tak Sangka Dapat Ubah Nasib Diri, Pernah Lalui Zaman Remaja Yang Gelap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*