Disoal Status Diri, Gelagat Comel Intan Najuwa Jawab Jadi Perhatian Peminat, “Janji bahagia…”

 

Pelakon jelita, Intan Najuwa sejak kebelakangan ini menjadi bualan hangat peminat drama tempatan apabila dia menjadi pelakon utama dalam sebuah drama yang kini masih bersiaran di TV3 berjudul Tak Sempurna Mencintaimu.

Membawa watak sebagai Siratul dan nampaknya kelainan dalam lakonannya kali ini berhasil mendapat perhatian penonton lagi apabila di media sosial juga namanya menjadi perhatian.

Walau bagaimanapun, peminat dapat melihat Intan Najuwa muncul di siaran radio HotFM dan ternyata ia membuatkan peminat drama Tak Sempurna Mencintaimu juga menantikannya hadir bersama watak utama, Mustaqim yang dilakonkan oleh Redza Rosli.

Untuk pengetahuan, drama ini bersiaran selama 28 episod dan Tak Sempurna Mencintaimu ini memaparkan kisah konflik kekeluargaan yang dialami oleh Siratul dan Mustaqim.

Biarpun begitu, dalam pada Intan Najuwa hadir bersama pelakon Aniq Suhair iaitu yang memegang watak adiknya, pelakon berusia 23 tahun ini tak dapat lari pula dengan soalan mengenai kisah cintanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Rakaman yang memaparkan gelagat Intan Najuwa perlu menjawab soalan tersebut yang akhirnya menjawab masih single itu mendapat perhatian ramai dan kecomelannya juga diberikan pujian menerusi ruangan komen.

“Berdebar Intan nak jawab soalan”

Intan Najuwa

“Oh noo soalan cepumas… berdebar Intan nak jawab”

Intan Najuwa

“Janji bahagia…”

IMG_20210427_075814

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Disoal Status Diri, Gelagat Comel Intan Najuwa Jawab Jadi Perhatian Peminat, “Janji bahagia…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*