Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man Selepas 11 Tahun

 

Rancangan hiburan berkonsepkan game show, Running Man ini memiliki barisan peminatnya yang tersendiri. Nama Lee Kwang Soo dan Running Man cukup sinonim kerana selebriti ini sudah bersama dengan rancangan tersebut selama 11 tahun. Bukan dalam tempoh yang pendek ya, kalau ada anak sudah darjah 5!

Namun baru-baru ini berita mengenai Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man telah meraih perhatian ramai. Berita mengenai perkara tersebut dikongsikan oleh agensinya, King Kong by Starship. Menerusi kenyataan rasmi itu, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan panjang antara kakitangan produksi dan pasukan Running Man yang lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 이광수 LEE KWANG SOO Friendbase👑 (@leekwangsoo_prince)

Antara sebab utamanya adalah Lee Kwang Soo mengalami kecederaan pergelangan kaki sewaktu kemalangan kereta tahun lalu. Disebabkan itu dia menghadapi kesulitan untuk terus jaga kesihatannya dengan baik biarpun telah menjalani terapi fizikal.

Setelah berbincang, Lee Kwang Soo memilih untuk meneruskan sesi pemulihan dan terus menjaga kesihatannya. Sudah pastinya berita mengenai Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man ini mengejutkan peminatnya. Malah ia juga tersebar di serata media sosial hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je)

Berikut antara reaksi ramai setelah mengetahui mengenai perkara tersebut:

“Lepasni Running Man tak kelakar dah”

Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man 3

“Lorr tak best la..Dia ni la yang paling best..Buat orang geram sebab perangai dia”

Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man 2

“Erm sape yang nak kena bahan nanti”

Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man 1

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man Selepas 11 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*