Alhamdulillah! Jue Aziz Berjaya Khatam Al-Quran – “Satu Lagi Permintaan Mak Orang Tak Dapat Tunaikan… Jodoh!”

 

PELAKON Jue Aziz meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan bacaan Al-Quran pada hari kelapan Ramadan tahun ini.

Menurut Jue, dia menghabiskan semua juzuk dalam masa singkat kerana mahu menunaikan permintaan ibunya, Nor Asmah Mohd Nor sempena ulang tahun kelahiran yang ke-69, Ahad ini.

Meskipun teruja dapat memenuhi hasrat ibunya itu, Jue atau nama sebenar Zuliana Abdul Aziz, 37, berkata masih ada satu lagi permintaan yang belum terlaksana iaitu mencari bakal suami.

“Kejutan ulang tahun kelahiran ibu… Alhamdulillah akhirnya khatam Al-Quran, syukur! Dari hari pertama Ramadan sampailah Selasa (20 April).

“Satu je lagi permintaan mak orang tak dapat tunaikan… jodoh! Tahu mak risau… tapi susah, sakit semua orang seorang pun tak apa asalkan ada mak.

Perkongsian Jue di Instagram.

“Kita bercinta berdua jelah mak! Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput ilahi sempatlah orang bermanja selagi mak ada. Andai ini Ramadan terakhir,” katanya.

Pelakon filem Hantu Bonceng ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam linangan air mata dan rasa sebak, Jue berkata dia kuatkan diri menyempurnakan amalan ibadah itu selepas melihat semangat ibunya.

“Bila kita tengok orang tua kita dalam keadaan begitu, tak larat lutut… sakit masih kejar agama, tak sihat pun masih semangat kuat, kenapa kita sihat tak buat amalan.

 

Terima kasih sangat mak bagi semangat percaya orang boleh khatam. I love you so much. Berkat doa mak!

JUE AZIZ

PELAKON

“Terima kasih sangat mak bagi semangat percaya orang boleh khatam. I love you so much. Berkat doa mak! Ramai yang rindu tak dapat jumpa mak bapa di luar sana, buatlah sesuatu untuk mereka.

“Doakan ya Mak Jue diberikan kesihatan, kuatkan semangatnya… selamat hari jadi mak!” ujarnya.

Jue tunaikan permintaan ibu tersayang.

Untuk rekod, Jue berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels pada 9 Mac 2014.

Bagaimanapun pada Januari 2019, Jue memaklumkan dia dan suami sudah bercerai.

Perkahwinan selama empat tahun setengah itu tidak dikurniakan cahaya mata dan hanya memiliki seorang anak angkat bernama Darwish Naufal, 7.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mStar 

Be the first to comment on "Alhamdulillah! Jue Aziz Berjaya Khatam Al-Quran – “Satu Lagi Permintaan Mak Orang Tak Dapat Tunaikan… Jodoh!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*