Terpalit dengan k0nt0rversi malah ditud0h kaki p3rempuan dan cur4ng, ini jawab balas Safawi Rasid

Ketika ini masih hangat di sosial media yang membicangkan perihal pemain bola sepak Safawi Rasid dan kekasihnya pelakon Syifa Melvin.

Kisahnya bermula apabila Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mend3dahkan terdapat seorang pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang dipaksa berkahwin oleh teman wanitanya.

Bermula daripada situ, episod kisah Safawi Rasid dan kekasihnya Syifa Melvin mula diperkatakan satu persatu di ruang media sosial oleh netizen.

Netizen kemudiannya mula menud0h Syifa sebagai wanita pengikis apabila mengumpulkan bukti-bukti hadiah yang diberikan oleh Safawi kepada Syifa.

Tidak habis di situ, netizen pula mengumpulkan bukti-bukti bahawa Safawi adalah kaki perempuan dan cur4ng kepada kekasihnya.

Kisah-kisah tersebut pastinya disambut oleh pihak media yang membuat laporan kisah antara mereka. Namun, Safawi tidak berpuas hati apabila kisah lamanya diungkit kembali, biarpun kisah itu dicungkil oleh pihak netizen.

Pada satu posting Instagram Stories miliknya semalam, Safawi sekali lagi meminta supaya tidak diungkit kisah lama, walaupun ianya ditujukan kepada media.

“Assalamualaikum, hai media, jangan nak kaitkan benda ni lagi, benda ni dah lepas, kau nak laku kau punya akhbar macam-macam kau Throwback!!!

“Kau kena jaga perasaan semua orang!!! Jangan nak up kau punya page!” tulis Safawi pada IG Stories miliknya.

Semalam ada pihak yang mend4kwa Safawi dan Syifa tidak lagi mengikuti Instagram masing-masing, tetapi setelah diselidik, mereka masih lagi mengikuti antara satu sama lain. – Gempak

“Bukan tak restu, tapi..” prestasi anak mer0sot, ibu Safawi d3dah perangai sebenar Syifa Melvin

Seboleh-bolehnya mak cik nak dia lupakan dulu soal kahwin, kami nak Awi (Safawi) utamakan kerjayanya dulu.

“Awi perlu melaksanakan tugas dan tanggung jawab kepada majikannya termasuk negaranya lebih dahulu,” kata Salemeh Abu Bakar, 56.

Itu kata ibu kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengulas mengenai dakwaan anaknya bergelut m4asalah prestasi kerana dikatakan berdepan te3kanan daripada kekasihnya, Syifa Melvin yang mendesaknya untuk berkahwin.

Dia yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Chatak, Dungun berkata, dia mengetahui Safawi mempunyai hubungan dengan Syifa Melvin sejak lapan bulan lalu.

Syifa baik orangnya

“Tahun lalu, Syifa ada dua kali datang ke rumah, pada mak cik, Syifa baik orangnya, tetapi mak cik tak tahu dia pelakon kerana tak pernah tengok drama lakonannya sebelum ini.

“Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.

“Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini,” katanya.

Salemeh berkata, anak baru berusia 23 tahun dan belum sesuai untuk berkahwin dan menjadi ketua keluarga. Katanya, dia juga mahu Safawi lebih matang sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya. Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami, “katanya.

Pada masa sama, dia mahu Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah.

“Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.

“Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, m4ut itu semua terletak di tangan Allah,” katanya

Sementara itu, bapa Safawi, Rasid Sulong, 66, berkata, dia sedar prestasi anaknya sedikit mer0sot kebelakangan ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berpunca daripada Syifa atau sebaliknya.

Pesanan kepada Syifa

Katanya, jika benar, dia berharap Syifa tidak memberi sebarang t3kanan kepada anaknya itu. Pada masa sama, dia meminta Safawi fokus dalam kerjaya dengan menaikkan nama majikan iaitu JDT dan negara.

“Lupa dulu soal jodoh, Awi masih muda kumpul duit main bola, kita tak tahu kerjaya akan bertahan sampai bila.

“Saya tak mahu dia jadi seperti saya, kehidupan saya dan isteri sangat susah membesarkan 13 anak dengan gaji RM350 sebagai penjawat awam.

“Saya terpaksa buat kerja sambilan, Awi tahu kerana saya selalu mengajaknya membantu, sebab itu saya selalu berpesan padanya ‘kita susah tak akan ada orang yang sudi bantu,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Terpalit dengan k0nt0rversi malah ditud0h kaki p3rempuan dan cur4ng, ini jawab balas Safawi Rasid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*