“Nampak mewah kalau duduk reban sekalipun” cara minta maaf Syifa Melvin buat netizen makin tak puas hati?

Minggu ini boleh dikatakan portal hiburan tak menang tangan sebab nak tulis cerita panas melibatkan adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin. Meskipun namanya suam-suam kuku sahaja sebelum ini, tetapi kini semakin ramai mengenalinya.

Drama bermula apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menudvh Syifa sebagai punca pemain bola sepak JDT, merangkap kekasihnya iaitu Safawi Rasid menunjukkan prestasi tidak baik.

Tetapi, makin menjadi pula apabila Syatilla turut sama mengeluarkan kenyataan tentang perihal adiknya itu.

Disebabkan nama Syifa tiba-tiba p4nas, ramai pula netizen yang menggali balik segala jenis gosip mengenainya. Antara satu kisah yang menimbulkan kemar4han orang ramai adalah apabila gadis itu dikatakan telah menghina penduduk PPRT.

Mungkin tidak betah terus dih1ina, Syifa akhirnya memuat naik satu video pendek untuk memohon maaf kepada sesiapa yang terasa mengenai lawak tak sensi1tifnya itu.

“Bila pakai tudung rich satin, warna yang nampak mewah, material yang sangat cantik. So kat mana pun kita berada, kita akan… kita akan ada keyakinan diri. Itu maksud Syifa sebenarnya.

“Duduklah dekat mana pun, dekat reban ayam sekali pun, bukan kata korang duduk korang penghuni situ.. tak! Maksudnya, korang memang ada dekat tempat tu. Bila kita pakai tudung tu, kita nampak confident.

“Takkanlah Syifa nak menghi1na orang yang tak berkemampuan, sebab kami pun bukanlah kaya mana pun. Kalau kami kaya, tak ada kami nak wujudkan bisnes Kekasih untuk menolong orang,” katanya.

Gadis berusia 26 tahun itu juga menambah bahawa orang ramai telah salah sangka dengan kandungan video tersebut dan menfitn4hnya. Dia juga ada mengatakan walau macam mana pun dia cuba memberi penjelasan, semua yang sedang mar4h pasti tidak akan mendengarkannya.

Pun begitu, penjelasannya ini semakin mem4rakkan lagi 4pi kemar4han netizen kerana intipati video permohonan maaf itu nampak seperti dia tidak mahu mengaku kes4lahannya. Sehingga memberi alasan yang sangat tak munasabah!

Kadang-kadang, mendiamkan diri adalah jalan terbaik untuk tak mengeruhkan lagi keadaan.

 

Sumber : Cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "“Nampak mewah kalau duduk reban sekalipun” cara minta maaf Syifa Melvin buat netizen makin tak puas hati?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*