Permintaan tak dapat ditunaikan, tunang Maya rasa terkilan. Rupanya 3 kali 4rwah minta tapi tunang tak bagi

TUNANG kepada penyanyi Maya Matahari, Haziq Khairil melahirkan rasa terkilan apabila permintaan arwah untuk memakai cincin perkahwinan yang dibeli untuk majlis bahagia mereka tidak ditunaikan.

Menurut Muhammad Haziq Khairil, dia tidak membenarkan Maya atau Myanaliza Ruslee, 44, memakai cincin berkenaan kerana mahu menanti hari yang sesuai.

“Dia pergi dengan mudah. Mya menghembuskan nafas terakhir semasa dalam perjalanan ke hospital dan sempat melafazkan kalimah syahadah bersama-sama saya.

“Namun saya sedikit terkilan kerana tak dapat penuhi permintaannya yang berhasrat untuk menyarung cincin pernikahan kami.

“Lebih tiga kali dia meminta, namun saya terpaksa tolak kerana belum tiba masa yang sesuai,” kata Haziq kepada mStar.

Menurut Haziq mereka merancang untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri selepas sambutan Aidilfitri depan.

Terdahulu, jenazah Maya selamat dimandikan dan di solatkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya pada pagi Khamis. J3nazah kemudian akan dibawa ke Kampung Setia Jaya, Machap, Johor untuk disemadikan.

“Tiga kali dia minta, tapi saya tetap tak bagi”

Tak dapat tatap Maya

Saida Tarudin banyak menyimpan kisah suka duka bersama Allahyarham Maya. - Foto Saida Tarudin

Pemergian penyanyi, Allahyarham Maya Matahari, 44, akibat kanser sarcoma tahap empat meninggalkan kesedihan mendalam buat teman baiknya, Saida Tarudin.

Bagaimanapun, kakak kepada penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu sayu tidak dapat memberikan penghormatan terakhir. Hasrat Saida memeluk erat arwah, namun terbatas dengan masalah kesihatan dilaluinya ketika ini.

“Saya amat sedih tak dapat menziarahi arwah ketika sedang sakit. Saya baru sahaja keluar hospital kerana masalah kesihatan.

“Namun, kenangan bersama arwah akan tersemat dalam hati. Terlalu banyak kenangan kerana pernah merakamkan single duet berjudul Setia pada 2015.

“Saya manja dengannya. Arwah banyak menyimpan cerita peribadi saya,” katanya kepada BH Online.

Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin berkata, arwah tidak lupa mengajaknya menaiki kereta bersama sekiranya diundang mengadakan persembahan.

“Kami selalu pergi bersama jika ada undangan persembahan. 4rwah sangat menjaga apa yang perlu diambil dan dimakan, termasuk vitamin. Arwah suka mencantikkan saya dan teman lain.

“Arwah suka melihat rakan-rakan melaram sakan. Apabila menghembuskan nafas terakhir, nasihatnya jadi pegangan dan penguat semangat.

“Dia suka menggembirakan orang lain. Jika duduk dengannya, kami asyik ketawa. Ada sahaja cerita yang akan diperkatakannya macam tak pernah habis,” katanya dengan sebak.

Mengimbas detik perkenalan hingga jadi sahabat baik, Saida berkata, semuanya bermula pada 2009.

“Tak silap saya kami mula rapat pada 2009 apabila terbabit dengan sebuah persembahan di Putrajaya. Kami menyertai persatuan yang diterajui Datuk AC Mizal.

“Kami tidak akan berenggang, ke mana sahaja bersama. Hubungan akrab seperti adik beradik. Jika kena marah, itu satu kebiasaan kerana arwah suka memberi nasihat dan mengomel.

“Arwah juga seorang yang tidak lokek dan pemurah. Arwah jenis tak berkira termasuk hal kudrat,” katanya.

Saida berkata, bukan mudah menjadi artis, jadi banyak tunjuk ajar jadi panduan.

“Saya banyak melihat sepak terajang dan permainan dunia seni daripada 4rwah. Banyak suka duka kami kongsi bersama.

“Saya lihat 4rwah tak suka menyusahkan orang lain. Banyak pengalaman yang diperoleh ketika berkawan baik dengan arwah.

“Jujurnya, tidak mudah menjadi rapat dengannya, jadi saya dikira bertuah. Jika sakit sekali pun arwah sanggup menguatkan semangat demi mencari rezeki,” katanya.

Penyanyi lagu Matahari, Maya menghembuskan n4fas ter4khir ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di Sungai Buloh, kira-kira jam 4 petang, semalam.

Maya atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee menghidap penyakit kanser sarcoma tahap empat yang dideritai sejak beberapa tahun lalu. Beliau meninggal dunia di sisi ibunya dalam ambulans, selepas ses4k nafas dan dik3jarkan ke hospital.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Permintaan tak dapat ditunaikan, tunang Maya rasa terkilan. Rupanya 3 kali 4rwah minta tapi tunang tak bagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*