Perniagaan rugi dan jatuh mendadak namun perkara yang Aliff Syukri lakukan sekarang dipuji ramai

Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran.Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain.

Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya.

Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut.

Perniagaan Aliff Syukri turut terjejas

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akui mengalami kejatuhan dalam urusan jual beli perniagaan sejak negara berhadapan kiris COVID-19.

Namun menurut Aliff, perkara itu tidak menghalangnya untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.Pada masa yang sama, Aliff juga menganggap detik sukar yang sedang dihadapai itu sebagai takdir yang perlu dilalui.

Secara jujurnya, saya juga mengalami kejatuhan sale yang mendadak dalam perniagaan dan kerugian, tetapi saya anggap ini sebagai satu takdir yang perlu dilalui.Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, ini adalah niat saya untuk membahagikan rezeki yang ada tanpa bantuan sesiapa, hasil duit bisnes. Saya yakin juga bila saya membantu ini, esok lusa kalau saya dalam kesusahan orang lain akan bantu saya dan mungkin perniagaan saya akan maju kembali, Amin” tulisnya di Instagram.

Dalam entri yang sama, Aliff turut berkongsi video menunjukkan dia dan beberapa orang pekerjanya memberi bantuan kepada kakitangan perubatan di hospital. Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Aliff di ruangan komen.

VIDEO

"Saya yakin juga bila saya membantu ini, esok lusa kalau saya dalam kesusahan orang lain akan bantu saya dan mungkin perniagaan saya akan maju kembali, Amin" – Aliff Syukri

Posted by Monyet Gila on Wednesday, April 1, 2020

Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dengan memuji usaha murni dan keprihatinan usahawan itu. Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama bersikap positif dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan ‘sanitizer’, amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.

Aliff Syukri: hadiah utk wira negara❤️Ini adalah sebahagian niat saya untuk membahagikan rezeki yang ada.. Saya yakin dalam keadaan yang betul-betul kesempitan ini bukan sahaja Doktor, nurse sahaja yang penting tetapi Askar, Polis adalah orang hadapan yang paling penting di dalam keadaan yang teruk..Hari ini, adalah misi saya untuk hari ketiga untuk membantu mereka yang membantu rakyat Malaysia.. Saya harap rakyat Malaysia memberi kerjasama kepada pihak Polis dan menghargai pihak Polis yang bertugas walaupun musim cuti virus Covid 19 ini… Walaupun dalam keadaan ini ekonomi yang amat lemah, kami tidak dapat keluar. Tetapi sekurang-kurangnya dengan pemberian ikhlas ini de @as.legacymalaysia dan @dherbsholdingshq dapat meringankan bebanan anda. Doakan saya untuk lebih banyak lagi saya boleh hulurkan sumbangan dan rezeki yang saya dapat ini adalah hasil kepada sokongan pembelian anda. Jika korang mahu tengok video yang lebih banyak lagi, korang boleh tengok di YoutubeTv Terlajak Laris dan bermula hari ini separuh daripada sumbangan akan saya sumbangkan kepada mereka yang kurang berkemampuan terutamanya dalam covid ini.

Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut. Sebenarnya kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya.

Apakah mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Perniagaan rugi dan jatuh mendadak namun perkara yang Aliff Syukri lakukan sekarang dipuji ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*