Maruah diri dan keluarga terc4lar, Fizo Omar tidak teragak untuk ambil tind4kan selepas ditvduh meminta-minta bantuan dari k3rajaan

DITUDvH meminta-minta bantuan daripada kerajaan, pelakon Fizo Omar menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil t1ndakan undang-undang terhadap individu yang membuat f1tnah tersebut.

Menurut Fizo, tuduhan yang dilemparkan itu berniat j4hat dan telah menjatuhkan marvahnya dan keluarga.

“Berhubung isu selebriti minta bantuan dari kerajaan, ingin saya tegaskan tak pernah minta bantuan kewangan dari kerajaan atau mana-mana pihak seperti didakwa di media sosial.

“Ini adalah satu fitnah besar terhadap saya, jadi saya tak teragak-agak untuk ambil t1ndakan undang-undang sewajarnya.

“Jika perkara ini berlarutan termasuklah komen kata-kata kesat di media sosial yang boleh menjatuhkan maruah saya dan nama baik saya serta keluarga,” katanya.

Fizo membuat penjelasan tersebut menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada Selasa.

Sebelum itu, t1ndakan Fizo meninggalkan komen pada video pelakon sensasi Zarina Anjolie mengundang kec4man netizen.

 

Berang dengan komen tersebut, Zarina memuat naik satu lagi rakaman video yang ditujukan kepada Fizo Omar.

Rata-rata pengikut menyokong t1ndakan Zarina menegur semula pelakon drama Maaf Tak Indah itu.

Sementara itu, Fizo berkata apa yang berlaku sebelum ini hanyalah salah faham dan meminta mana-mana pihak yang membuat tuduhan tersebut menarik balik kenyataan mereka.

“Isu sebelum ini hanya salah faham… sebab itu ia memberi kesan pada saya dan keluarga sehinggakan terima komen negatif, cacian, hin4an, mak1an terhadap saya dan keluarga.

“Saya maafkan korang semua dan tak simpan dalam hati pun dan saya berharap yang terlibat sila tarik balik sebelum saya ambil t1ndakan sewajarnya,” ujarnya.

“Saya minta maaf jika ada t1ndakan saya lakukan menggores hati mana-mana pihak, daripada keruhkan keadaan sama-sama kita doakan Coviid-19 ini segera di hapuskan dan kita dapat cari rezeki bersama,” ujarnya.

Sumber Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Maruah diri dan keluarga terc4lar, Fizo Omar tidak teragak untuk ambil tind4kan selepas ditvduh meminta-minta bantuan dari k3rajaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*