per0mpak tembus pagar macam tu jer!!… Ulang tengok sampai 5 kali… ilmu ape dia pakai haa

KELIBAT seorang per0mpak yang dirakam menerusi kamera keselamatan (CCTV) ternyata menimbulkan persoalan ramai.

Bukan jenayah yang dilakukan menjadi bualan, sebaliknya diri lelaki itu yang seolah-olah mampu menembusi pagar menjadi perdebatan utama.

Ada yang mengaitkan dengan unsur mistik, tak kurang juga yang mendakwa ia sekadar gangguan pada grafik CCTV serta pencahayaan yang menyebabkan ia kelihatan sebegitu rupa.

Menurut individu yang memuat naik rakaman berkenaan, ia berlaku di Pasir Gudang, Johor.

Pengendali Twitter itu turut mempersoalkan ‘ilmu’ yang dipakai individu tersebut sehingga membolehkan dia menembusi pagar dan masuk ke kawasan laman rumah.

Suspek selepas itu turut memanjat pagar dan memasuki rumah jiran sebelah.

Video CCTV tular itu ternyata menimbulkan perdebatan ramai. (Gambar Hiasan)

Sehingga kini, ia menerima lebih 100,000 tontonan di Twitter.

Malah, posting berkenaan turut dikongsi secara meluas dan mendapat hampir 4,000 ulang kicau (Retweet).

Ruangan balas posting itu turut hangat menjadi medan perdebatan netizen yang berbeza pendapat.

Kalau dia boleh tembus pagar, kenapa dia tak keluar je balik ikut pagar tu dari panjat dinding?

NETIZEN

“Aku tengok lima kali ulang. Dia tembus pagar ke?

“Berkali-kali play video ni. Dia tembus pagar ke macam mana?” soal beberapa netizen.

Namun, ada pula yang memberikan penjelasan dan tidak mahu ia dikaitkan dengan sebarang kisah mistik atau ilmu hitam.

Posting itu tular di laman Twitter dan dikaitkan dengan pelbagai andaian mistik.

“Kalau dia boleh tembus pagar, kenapa dia tak keluar je balik ikut pagar tu dari panjat dinding?

“Tak percayalah dia tembus even ada satu ilmu ni yang boleh tembus dinding tapi kena gigit ibu jari kaki baby yang baru dikebumikan. Dengar orang cerita jelah,” tulis pelayar Twitter yang lain.

2 kes pecah rumah dan 1 kes pecah kereta sekitar Taman Scientex Pasir Gudang, Johor. Please explain ilmu apa dia pakai?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "per0mpak tembus pagar macam tu jer!!… Ulang tengok sampai 5 kali… ilmu ape dia pakai haa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*