“Birthday Sajat Dato wish, birthday bini buat tak tahu, Allah bayar cash” – warganet

Semalam (3 April) merupakan ulang tahun hari jadi ke-33 jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri. Sempena hari istimewa itu, usahawan tersebut memuat naik satu video di laman Instagramnya diiringi dengan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’.

Dalam video tersebut terdapat beberapa biji belon serta sesuatu yang kelihatan seperti sebiji kek bercahaya di bawah tudung saji.

Namun apabila usahawan tersebut membuka tudung saji, rupa-rupanya bukan kek di bawahnya tetapi sepeket muffin coklat Gardenia.

VIDEO

DS Aliff sambut bday sorang2..

Posted by Jabatan Netizen Malaysia on Friday, April 3, 2020

Aliff terus membuka bungkusan dan mengambil sebiji muffin dengan teruja sebelum meletakkan lilin di atasnya. Dia kemudian membuat wish sebelum meniup lilin dengan gembira.

Walau bagaimanapun reaksinya berubah apabila dia mula menjamah muffin itu seorang diri, sebelum meletakkan muffin ynag tidak habis di atas meja dan berlalu pergi.

Aliff Syukri yang sejak kebelakangan ini telah membuat netizen berteka-teki apabila hubungannya dengan isteri dikatakan sedang diuji, mengundang ramai untuk berasa kasihan dengannya.

Namun penyanyi lagu Cuba Bahagia itu mengatakan dia tiada pilihan kerana musim Covid-19 menghalang dia untuk meraikan hari jadi dengan lebih meriah.

“Bukan sebarang roti…”

“Mana yang lain…”

“Simple dan jimat…”

Walaupun Aliff pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan dia dan isteri baik-baik sahaja, tindakannya untuk tidak lagi mengikuti Datin Shahida di Instagram, di samping beberapa postingnya menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan netizen.

KOMEN NETIZEN:

Allah tu maha adil….ari tu bfdy datin dato buat ego dato…bfdy sajat bkn main dato wish…bfdy bini buat xtahu….skg allah byr cash…bfdy sndri smbut ngn sowg2….ade ank tgl2 kn…ade bini tahu nk cari salah bini…lps tu ckp bini xhargai bagai…jgn smpai allah tarikh nikmat kesenangn tu sume baru ade akal…

 

Sumber: IG Aliff Syukri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "“Birthday Sajat Dato wish, birthday bini buat tak tahu, Allah bayar cash” – warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*