Cara kutip sumbangan Intan Najuwa ditegur individu ini, rupanya ini sebab kenapa dia ditegur

PERKONGSIAN pelakon Intan Najuwa mengajak semua orang turut memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan menerusi akaun bank miliknya mengundang kurang senang netizen di laman sosial.

Individu yang menggunakan akaun bernama coach.fitaz mendakwa tindakan Intan melakukan crowdfunding atau pembiayaan melalui orang ramai merupakan satu kesalahan jika aktres itu tidak mempunyai lesen untuk melakukannya.

Menurut individu tersebut, dia memahami niat baik Intan namun pelakon itu boleh sahaja memberi sumbangan melalui tabung bantuan yang sudah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya tak faham kenapa awak perlu buat crowdfunding sedangkan sudah jelas dalam undang-undang bahawa anda dilarang untuk lakukannya kecuali anda mempunyai lesen, itu pun kalau anda ada persatuan kerja amal.

“Saya faham ‘niat baik’ awak tapi tolong Intan, janganlah timbulkan masalah dan beri sumbangan anda kepada tabung yang disediakan KKM untuk bantuan,” katanya.

Intan, 23, bagaimanapun membalas komen tersebut meminta individu tersebut tidak mementingkan diri sendiri dan menganggap apa yang dilakukannya itu bukan kesalahan yang akan menimbulkan masalah.

“Saya harap awak boleh baca semua DM saya dan sanggup tak awak biarkan tengok macam itu saja? Jangan pentingkan diri. Saya tak berasa dengan melakukan perkara ini akan menimbulkan masalah.

“Ia bukan hanya ‘niat baik’, kalau anda sanggup lakukan, tolong lakukannya. Semoga Allah memberkati anda, sentiasa!” ujarnya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Intan dan menyokong usaha murni pelakon yang pernah popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela tersebut.

Dalam pada itu, Intan memberitahu dia menyumbangkan sebanyak RM10,000 untuk membantu orang kurang bernasib baik dan tidak akan berhenti menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid turut mengajak orang ramai memberi sumbangan menerusi akaun bank miliknya yang akan dibuka sehingga Rabu.

“Saya akan teruskan untuk hulurkan bantuan untuk sesiapa yang memerlukan. Daripada saya sendiri, saya hanya mampu beri RM10,000 buat masa ini dan yang selebihnya kalau anda semua nak tambah sangat-sangat dialukan.

“Sesiapa yang nak hulurkan sumbangan, boleh transfer kat akaun ini okay. Saya akan buka sampai lusa (Rabu). Let’s do this! Semoga sedikit sebanyak boleh bantu pada yang betul-betul memerlukan.

“Feel free to tag and share with your friends. #spreadlovenothate. Saya tengah periksa DM satu persatu. Slowly okey,” kata Intan.

 

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Cara kutip sumbangan Intan Najuwa ditegur individu ini, rupanya ini sebab kenapa dia ditegur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*