Selalu tenang ditemani Quran, bapa ded4h air mata anaknya tumpah jua… – “Dia cakap di wad tu ada tiga pes4kit lain tapi…”

FOTO seorang remaja tersenyum manis duduk di sebuah bangku, dengan sebuah beg pakaian besar diletak bersebelahannya mengundang s4yu.

Pemilik wajah ceria itu sebenarnya sedang menunggu ketibaan ambulans, bagi membawanya ke Hospital Sungai Buloh, selepas disahkan positif C0vid-19.

Bapa kepada remaja berkenaan, Azmi Mohd Yusoff, 46, berkata, anaknya, Muhammad Ilyas Fitri, disahkan dijangk1ti v1rus itu pada Selasa selepas ujian saringan kedua C0vid-19 dilakukan.

Azmi memberitahu, Muhammad Ilyas yang berusia 13 tahun itu merupakan pelajar di sebuah madrasah di Hulu Langat, Selangor, yang kini merupakan zon merah selepas mencatatkan k3s tinggi C0vid-19 berkaitan dengan kluster perhimpunan tabl1gh di Masjid Seri Petaling.

Petugas memakai peralatan perlindungan diri (PPE) membawa Muhammad Ilyas menggunakan ambulans.

“Saya bawa Ilyas untuk pemeriksaan kesihatan pada 18 Mac, selepas pihak madrasah maklumkan ada pelajar di blok lain positif C0vid-19  selepas hadir ke perhimpunan tu.

“Tapi keputusan pertama negat1f sepanjang tempoh kuar4ntin dia selama 14 hari. Dia kemudian baru buat ujian swab pada 5 April selepas rakannya di blok yang sama positif C0vid-19.

“Saya dapat panggilan daripada pusat gerakan yang maklumkan anak saya positif C0vid-19 dua hari kemudian (7 April),” katanya kepada mStar.

Muhammad Ilyas disifatkan sebagai anak yang manja dan taat pada ibu bapa.

Azmi berkata, Muhammad Ilyas yang merupakan anak keenam daripada 10 beradik adalah seorang anak yang baik dan taat serta mempunyai semangat yang kuat.

“Dia sendiri nampak relaks masa tunggu ambulans datang. Sebagai ayah, memang seb4k tengok keadaan tu tapi saya cuba sembunyi perasaan untuk beri semangat kat dia. Syukur, Allah SWT beri ketenangan pada dia walaupun dia tahu sedang sak1t.

“Dia siap kata ‘mana ambulans ni, tak datang lagi?’. Memang dia dah bersiap sedia untuk dibawa ke hospital, malah tangan dia tetap genggam pegang al-Quran bila masuk ambulans,” ujarnya yang menetap di Shah Alam di Selangor.

Azmi (kanan) memberi kata-kata semangat buat anaknya.

Hikmah di sebalik menjalani kuar4ntin di rumah, Imam 1 Surau Nurul Iman di Seksyen 29, Shah Alam itu memberitahu anaknya menggunakan masa 14 hari dengan membaca al-Quran.

“Satu hari satu juzuk dia baca, memang cita-cita dia nak jadi al-hafiz macam abang dia… dia siap bawa al-Quran ke hospital. Sepanjang kuar4ntin di rumah juga dia banyak berzikir.

“Saya pesan pada dia juga untuk terus dengan bacaan al-Quran di hospital sampai lengkap 30 juzuk,” katanya sambil menambah bahawa dia pernah menghadiri hari terakhir perhimpunan tabl1gh pada 2 Februari, tetapi keputusan ujian C0vid-19 setakat ini adalah negat1f.

Walaupun tabah, Azmi memberitahu bahawa tanpa disangka-sangka berlaku drama air mata semasa hari kedua anaknya dimasukkan ke hospital pada Rabu.

“Kami buat video call sebelum solat Asar semalam, tiba-tiba dia menang1s. Dia cakap kat bilik wad tu ada tiga pesak1t lain tapi kesemua mereka dah discaj semalam, tinggal dia seorang.

“Saya minta dia untuk banyakkan berdoa supaya menjadi lebih tabah. Saya kata sama ada seorang di bilik atau ada pesak1t baharu masuk, semangat kena kuat.

Azmi (duduk, kanan) bersama keluarganya. Muhammad Ilyas (berdiri, tengah).

“Saya pesan… apa yang terjadi, bakal terjadi dan telah terjadi adalah ketentuan Allah SWT dan kita belajar untuk reda dan mempraktikkan keredaan itu,” ujar Azmin yang menyifatkan Muhammad Ilyas seorang anak yang manja dan taat pada ibu bapa.

Susulan Muhammad Ilyas disahkan positif v1rus itu pada Selasa, dia bersama isteri dan sembilan lagi anaknya melakukan ujian C0vid-19 pada Khamis dan menjalani kuar4ntin di rumah.

“Saya berharap masyarakat yang membaca kisah mengenai Ilyas dapat mendoakan agar dia cepat sembuh, dan semoga kami sekeluarga juga dikurniakan kesejahteraan,” katanya sambil memberitahu reda dengan segala keputusan uj1an kelak.

 

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Selalu tenang ditemani Quran, bapa ded4h air mata anaknya tumpah jua… – “Dia cakap di wad tu ada tiga pes4kit lain tapi…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*