Mulanya Rasa Cemas Isteri Sak1t Di Musim Covid. Ini Penjelasan Aepul Roza Keadaan Sebenar Isteri Leez Rosli

Penyanyi utama Drama Band, Aepul Roza atau nama sebenarnya Noor Syaiful bin Mohd Zalaludin dilahirkan pada 19 April 1988. Bakat nyanyiannya mula dicungkil menerusi pertandingan My Starz LG Musim Ke-3 pada tahun 2009.

Menyingkap kisah peribadi vokalis rock ini, dia menamatkan zaman bujangnya dengan mendirikan rumah tangga dengan Leez Rosli, bekas bintang Akademi Fantasia Musim Ke-4. Mereka berkahwin pada Disember 2014 selepas 3 tahun bermain cinta.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Saffiya Alisha pada tahun 2016.

ISTERI AEPUL MENGALAMI SERANGAN PANIK

Dalam perkembangan terbaru pasangan sama cantik sama padan ini, Aepul memberitahu yang isterinya mengalami serangan panik semalam. Tambah Aepul keadaan isteri dalam keadan baik sahaja selepas menerima rawatan doktor.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Outpatient je. Alhamdulillah. Panic attack/anxiety, doctor kata. Not to be taken lightly. Apa ni, sakit pun cantik. 🥺

A post shared by Aepul Roza (@aepul.roza) on

Sumber Instagram
“Outpatient je. Alhamdulillah. Panic attack/anxiety, doctor kata. Not to be taken lightly. Apa ni, sak1t pun cantik.” Kongsi Aepul di Instagram.

Tidak lama kemudian, Aepul memaklumkan yang Leez sekali lagi mengalami serangan panik. Ianya dikongsikan menerusi Twitter. Walau bagaimana pun keadaan tersebut dapat dikawal berbanding sebelumnya.

“She just got her 2nd attack in a day. But we know how to control it now.” Tulis ringkas Aepul.
Sumber Twitter

RAMAI DOAKAN KESIHATAN DAN BERIKAN TIP

Melihat kepada reaksi peminat, mereka rata-rata mendoakan kesihatan Leez kembali baik dan pulih seperti sedia kala. Mereka turut risau memandangkan dengan wabak Covid-19 ini, kita perlu menjaga kesihatan diri agar sentiasa kekal cergas.

Mereka yang pernah mengalami serangan panik juga dilihat memberikan beberapa tip kepada Aepul untuk mengawal isteri jika ianya berulang kembali.

ALPRAZOLAM BOLEH MEMBANTU MENGURANGKAN RASA BERDEBAR

Bagi yang tidak tahu, serangan panilk boleh terjadi kepada seseorang sehingga dia berasa resah dan takut yang melampau. Ianya akan berlaku sekitar 15 sehingga 30 minit bergantung kepada cara individu tersebut mengawalnya.

Apabila berasa panik atau cemas, dengupan jantung akan lebih laju berbanding biasa sekali gus membuatkan seseorang itu sesak nafas atau pun sak1t dada.

Antara ubat yang disarankan untuk yang mengalami gejala ini adalah Alprazolam iaitu sejenis ubat penenang yang boleh mengurangkan gangguan tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Mulanya Rasa Cemas Isteri Sak1t Di Musim Covid. Ini Penjelasan Aepul Roza Keadaan Sebenar Isteri Leez Rosli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*