Warga asing ini terkial-kial kira syiling nak bayar tiga biji telur, tak sangka ini tindakan tauke kedai

Ramai yang mula rasa gelisah apabila kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April 2020.

Bagi yang bekerja sendiri atau bergantung kepada pendapatan gaji harian, pasti resah memikirkan bagaimana untuk menyara keluarga.

Namun rakyat Malaysia cukup beruntung apabila kerajaan mengumumkan pelbagai bentuk bantuan kewangan pada waktu sukar ini yang sedikit sebanyak dapat meringkan beban.

Belum lagi dikira pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO), orang persendirian yang menghulurkan pelbagai bantuan sama ada dalam bentuk makanan atau wang kepada golongan memerlukan.

Janganlah kita pandang warna kulit atau dari mana seseorang itu datang, ketika ini kita semua sama sahaja.

Terkial-kial kira duit syiling nak bayar telur

Cuma baru-baru ini ketika saya singgah ke sebuah kedai runcit, hati sedikit terusik apabila melihat seorang lelaki warganegara Indonesia terkial-kial mengira syiling di tangannya untuk membayar tiga biji telur dibelinya.

Sayu melihat lelaki separuh abad itu berhati-hati mengira syiling di tangannya… Terdetik dalam hati saya, macam mana agaknya golongan ini survive dalam situasi sekarang?

Tambahan pula mereka tidak layak untuk mendapat bantuan kerajaan. Nak mengharapkan bantuan kerajaan negara mereka, jangan mimpilah.

Tak sempat saya nak mempelawa membayarkan telur dibelinya, pemilik kedai yang seperti memahami kepayahan lelaki itu.

Tauke kedai tidak mengambil sebarang bayaran daripada lelaki itu malah memintanya mengambil dua lagi telur untuk dibawa pulang.

Terharu saya dengan kebaikan pemilik kedai berbangsa India itu.

Terpuji… NGO dan sukarelawan membantu mengagihkan makanan dan minuman kepada golongan memerlukan.

Netizen komen mel4mpau sangat

Selain kisah sikap pemurah itu, baru-baru ini, kecoh pula beberapa insiden mengenai sikap segelintir warga asing mempamerkan perangai bur0k seperti tidak mengikut perintah PKP.

Ada yang membaling barang serta sampah dari balkoni, bersikap biad4b terhadap petugas keselamatan malah ada dilihat berkumpul beramai-ramai tanpa menghiraukan keselamatan diri.

Laporan berita mengenainya sudah cukup untuk golongan ini menerima kec4man hebat netizen, serve you right!

Tapi yang tak sedapnya, ada segelintir pihak terlalu ikutkan emosi dengan menggunakan kata-kata kesat malah saya terkejut ada pula mendoakan golongan ini sebagai menyusahkan.

Label pendatang haram, mat Bangla, pembawa penyakit dan sebagainya tak lekang daripada komen segelintir netizen yang meluahkan rasa geram mereka.

Benar, tindakan tidak beradab segelintir daripada mereka itu memang patut mendapat kec4man namun janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga!

Mulia… Ramai tampil menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk yang kebanyakannya warga asing di Selangor Mansion.

Jika kita fikir daripada konteks lain, tindakan segelintir mereka ini mungkin disebabkan rasa tertekan dan mula hilang pertimbangan atas rasa terdesak untuk meneruskan sebuah kehidupan di tempat asing.

Jangan terkejut jika selepas ini kita terdengar jika ada pula banyak kes romp4kan melibatkan warga asing dan mereka mungkin terpaksa melakukan perkara terkutvk itu demi sesuap nasi. Kita juga yang mengam0k nanti.

Warganegara atau bukan, Allah pandang kita sama sahaja

Seharusnya kita memandang mereka sebagai makhluk Allah yang tiada beza dengan kita.

Bayangkan bersesak dalam sebuah rumah, tiada makanan serta tertekan memikirkan nasib keluarga di negara asal yang entah ada bekalan makanan atau pun tidak.

Kita yang tak dapat balik kampung pun sudah rasa tak senang duduk mengenangkan ibu bapa apatah lagi mereka yang beribu batu jauh daripada keluarga.

Barangkali lelaki ini sedang merenung nasib keluarganya di negara asal.

Kepada siapa mereka hendak mengadu? Kalau nak mengadu dengan rakan senegara pun, mereka juga mempunyai nasib sama.

Janganlah melihat status warganegara seseorang sebagai batas menghulurkan bantuan.

Tangan yang memberi itu adalah lebih baik daripada yang menerima. Ini bukan masanya untuk melihat darjat atau warna kulit seseorang kerana ketika ini kita semua sama sahaja.

Sematkan dalam dada, betapa besarnya ganjaran yang Allah janjikan jika kita bersedekah dan membantu golongan memerlukan. Anggap pemberian kita itu sebagai bekalan di alam abadi kelak.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Warga asing ini terkial-kial kira syiling nak bayar tiga biji telur, tak sangka ini tindakan tauke kedai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*