Pelajar dakwa makanan tak setaraf ‘kluster kayangan’, akhirnya pihak USM bersuara

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) menerusi sebuah kenyataan telah memberi amaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita p4lsu atau fitn4h.

Pusat pengajian awam itu, dalam satu kenyataan berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita p4lsu yang mencemarkan nama baik USM.

“Pihak USM memandang serius penghi1naan individu terbabit di media sosial apabila mendakwa makanan yang disediakan tidak berkualiti.

“Pihak universiti juga sedang menyi4sat kejadian ini dan bakal mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia terbukti dilakukan dengan sengaja bertujuan memfitn4h nama baik universiti,” menurut USM dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Antara pengguna Facebook yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat p4lsu.

Dalam pada itu, USM turut mengingatkan individu yang tidak bertanggungjawab untuk berhenti mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya tanpa usul periksa.

Kenyataan ini dibuat berikutan sebuah tweet yang dikeluarkan oleh seorang individu tular di media sosial yang mendakwa kebajikan adiknya yang berada di kampus diabaikan oleh pihak universiti.

Seorang pengguna Twitter mendakwa adiknya sudah tidak menerima makanan

Selain itu, satu komen turut dimuatnaik di Facebook yang menunjukkan gambar makanan yang diberikan oleh pihak USM tidak berkualiti dan melabelkan makanan tersebut sebagai makanan bertaraf ‘orang gaji’.

 

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Pelajar dakwa makanan tak setaraf ‘kluster kayangan’, akhirnya pihak USM bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*