Perjalanan akhir diabadikan anak 4rwah dengan rakam guna dron buat ramai rasa sebak

COVID-19: Jangan alpa, ingkar PKP walaupun kes positif menurun – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: : Kementerian Kesihatan meminta rakyat di negara ini mengambil serius pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun ia mula menunjukkan kesan positif dari segi kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian khuatir masyarakat alpa dan mengambil mudah PKP, yang kini memasuki fasa ketiga, memikirkan bahawa wabak COVID-19 hampir selesai.

“Rakyat Malaysia perlu terus patuh kepada Perintah Pergerakan Kawalan (PKP), walaupun perkembangan dalam penurunan kes ini sememangnya positif namun masyarakat masih perlu berada di rumah.

“Selain itu, mereka harus mengamalkan jarakan sosial yang selamat (social distancing) sekurang-kurangya 1 meter dari orang lain, dan terus mengamalkan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di Putrajaya, hari ini

Terdahulu Dr Noor Hisham mengumumkan 54 kes terbaharu dicatat dalam tempoh 24 jam, dengan dua kematian baharu.

Namun beliau berkata, pematuhan pada PKP amat penting bagi memastikan usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 tidak menjadi sia-sia.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Malaysia catat 85 kes baharu Covid-19, 1 kes kem4tian libatkan lelaki 69 tahun

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 85 kes baharu, menjadikan keseluruhan 5,072 kes setakat Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut mencatatkan satu lagi korban akibat virus itu, menjadikan setakat ini 83 kematian keseluruhan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 83 kes,” ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Rabu petang.

Setakat ini, 56 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 32 memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 169 pesakit Covid-19 dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan keseluruhan 2,647 bersamaan 52.18 peratus kes telah pulih.

Berikut perincian satu kes kem4tian terbaharu yang diumumkan pada Rabu:

-Kes kematian ke-83 (kes-4988) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan meninggal dunia pada 15 April 2020.

Video yang diabadikan anak 4rwah

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Perjalanan akhir diabadikan anak 4rwah dengan rakam guna dron buat ramai rasa sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*