“Saya j4hil, tak pandai.. saya bukan ustaz.. cuma cina belajar Islam” luahan Ebit Lew buat ramai sayu

Hari ini kita dapat menyaksikan bagaimana kerja-kerja amal yang di lakukan oleh Ustaz Ebit menimbulkan rasa kurang senang dari segelintir pihak

Tampil memberi ulasan perkara yang sama tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Mufti Perlis hari ini tampil menjelaskan keikhlasan seseorang itu bergantung pada niat dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apa yang pasti, apabila ada pemberian atau sumbangan, ada pihak yang mendapat manfaat dan seterusnya dapat mengurangkan b3ban mereka

Menurut Dr Asri lagi, dengan ada pihak yang tampil membantu, paling tidak b3banan fardhu kifayah dapat dikurangkan.

Biar orang buat kita, tapi jangan kita buat orang

“Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Takper orang buat kita. Jangan kita buat orang. Selalu maafkan dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang. Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat arwah mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik kl cepat lepas selesai semuanya.

Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang semenjak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan. Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu. Sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna.

Saya jahil, tak pandai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma cina belajar Islam. Terima kaseh semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.

Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer. Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan. Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama.

Walau memberi minum pada kucing atau anjing walau sedikit pun dipandang oleh Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua. Kita buatlah apa yang kita termampu. Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta. Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti. Semuanya sehingga satu hari nanti kita mendapat RedhaNya. Redha Allah segala-galanya-ebitlew”

Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Takper orang buat…

Posted by Ebit Lew on Tuesday, April 21, 2020

Berikut pula status Dr Asri di halaman Facebook milik beliau

Siapa Ikhlas, Siapa Riak?

Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui mengapa seseorang mempertontonkan sedekahnya. Jika dia ikhlas, dia mendapat pahala. Jika dia riak, dia mendapat dosa dan tiada pahala. Namun, sama ada dia ikhlas atau dia riak, orang yang memerlukan akan mendapat sesuatu pemberian daripadanya.

Apabila yang kesusahan mendapat keperluan, bebanan fardhu kifayah kita menjadi kurang. Maka, bukan masalah kita jika seseorang itu ikhlas atau riak dalam pemberian peribadinya. Serahkan urusan itu kepada ALLAH. Ia bukan urusan kita. Ia urusan seseorang dengan tuhannya.

Jika kita ingin memberikan peringatan, berilah peringatan umum tentang bab ikhlas dalam amalan. Itu untuk ingatan semua tanpa perlu menilai manakah individu yang ikhlas atau yang riak. Hal sanubari insan penuh keajaiban. Ia rahsia insan dengan Tuhan.

Dalam perkembangan terbaru, Ustaz Ebit sempat singgah di pulau pinang dan membantu beberapa keluarga Cina di sana

“Sayu hati masuk perkampungan cina di Penang. Ada yang dah tua tiada kerja. Tadi ada yang menangis dapat hadiah dan sedikit belanja. Saya tiada apa-apa. Harap makan orang bagi. Mereka happy dapat hadiah. Ada yang susah sedikit. Macam-macam kerja mereka.

Senyuman mereka ubat hati ini. 2hari perjalanan ini rasa sedih dan insaf. Semoga uncle untie semua sihat yer. Saya dapat serahkan lebih 10 kawasan perkampungan dan taman. Pelbagai bangsa dan agama. Kita semua sebuah keluarga. Beberapa hospital klinik dan Balai Polis. Syukur selesai buat hari ini-ebitlew”

Rata-rata netizan terus memberikan sokongan kepada Ustaz Ebit

CEO Zakat Kedah hargai bantuan Ustaz Ebit

Menurut CEP Zakat kedah, Pak Ishak juga telah ditawarkan rumah KEDA di Pokok Sena, namun tetap ditolak oleh beliau sekeluarga atas pelbagai alasan.

Kisah Pak Ishak ini telah berlanjutan dan berulang kali diulang siar di paparan media bagi meraih simpati dan bantuan orang ramai.

Rundingan dan tawaran juga telah dibuat kepada beliau oleh Tuan Tanah tempat tapak rumah tersebut dibina sehingga akhirnya satu salinan Penghakiman dari Mahkamah Majistret telah dikeluarkan bertarikh 5 Februari 2020 yang mengarahkan Pak Ishak sekeluarga berpindah, namun tetap menemui titik gagal sejak sekian lama.

Selain daripad agensi kerajaan, badan NGO serta penduduk kampung juga sentiasa menghulurkan bantuan kepada keluarga ini.

Hargai jasa Ebit Lew

Kerana itu saya amat menghargai usaha Ust Ebit Lew dan pasukannya di atas kemahiran mereka yang berjaya memujuk keluarga Pak Ishak keluar daripada kediaman tersebut.

Sesungguhnya niat murni ini amat disanjung dalam membantu pihak LZNK menyantuni lebih 15,773 orang asnaf yang ada di negeri Kedah (sehingga 21 April 2020) termasuk Pak Ishak dan masa depan anak-anak dan cucu-cucu beliau yang masih tidak mengerti apa-apa.

Namun begitu, dalam kita ghairah memberi komen, c4cian dan cerc4an kepada semua pihak, alangkah baiknya sekiranya kita menahan jari jemari kita dengan menyiasat dan bertabayyun terlebih dahulu daripada pihak-pihak yang terlibat.

Sesungguhnya institusi agama ini tidak akan berdiri teguh jika bukan dengan sokongan semua saudara-saudara Islam kita yang sama-sama berganding bahu menunjukkan keprihatinan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Terima kasih juga kepada AJK Masjid Al Irfan Derga, pengurusan kampung dan jiran tetangga di Kg Derga, kerana sejak dahulu lagi mereka mencari jalan serta memberi sumbangan kepada keluarga ini.

Saya mewakili pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah sentiasa terbuka untuk menerima sebarang maklumat yang membina demi menyampaikan amanah para pembayar zakat untuk manfaat ummah di negeri Kedah keseluruhannya.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "“Saya j4hil, tak pandai.. saya bukan ustaz.. cuma cina belajar Islam” luahan Ebit Lew buat ramai sayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*