Tergamak mereka buat video parodi seakan memerli Ustaz Ebit Lew

Sejak beberapa hari ini, nama pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew semakin hangat diperkatakan selepas bantuan yang disumbang kepada sebuah keluarga di Kedah telah mendapat tanggapan negatif oleh sesetengah pihak yang ‘kurang cerdik’.

Malah, tidak cukup dengan segala tuduhan tersebut, terbaru ada pula yang sehingga tergamak membuat video parodi seakan-akan memerli bantuan yang diberi oleh ustaz Ebit Lew kepada keluarga di Kedah tersebut.

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas tujuan video tersebut dan tidak menyebut mana-mana nama, para netizen sudah dapat mengagak ciri-ciri yang dilakonkan semula menggambarkan situasi yang sama dalam kebanyakkan video ustaz Ebit Lew.

Menerusi perkongsian di Facebook, video tersebut mendapat kecaman dari netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pelaku di dalam video tersebut.

VIDEO

Sumber dari kucing media dan fb lain :Ada Ustaz kecam ustaz ebit lew. Sepatutnya sebagai ustaz tegur la dengan baik.mengejek ustaz ebit lew, dan menghine orang yang miskin. Tuduhan terhadap orang miskin.Share biar jumpa tuan yang buat video ni. Wajarkah mereka buat begini? Ada yang kenal mereka ni tak?

Posted by Asyraf Hairstyle Production on Wednesday, April 22, 2020

Tindakan pihak yang membuat video parodi tersebut telah mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan netizen, yang menyifatkan tindakan itu mampu menimbulkan pelbagai fitnah.

Seperti pernah dikatakan oleh ustaz Ebit Lew, jika kita tidak mampu untuk melakukan kebaikkan, jangalan kita menjadi penghalang orang melakukan kebaikkan.

Sebelum ini Ustaz Ebit Lew berkongsi luahannya memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa dengan tindakannya.

Ustaz Ebit Lew berterima kasih kepada semua yang terlibat

“Terima kaseh Lembaga Zakat Negeri Kedah yang selama ini membantu keluarga ini dengan memberi bantuan. Terima kaseh JKM”.

“Terima kasih jiran lama keluarga Pak Aq yang baik banyak membantu mereka. Mereka selalu membantu menghantar makanan dan lain-lain”.

“Terima kaseh Pihak Masjid Kariah yang ambil berat hal mereka. Terima kaseh kerajaan negeri Kedah yang membantu mereka selama ini”.

Saya pohon jangan salahkan jiran, jkm, zakat dan sebagainya

“Saya minta maaf pada semua yer. Mereka semua dah bantu banyak sangat. Setitik sahaja usaha saya berbanding mereka semua”.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Tergamak mereka buat video parodi seakan memerli Ustaz Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*