Aksi Luncur Salji Budak Berusia Setahun Ini Memang Hebat!

Budak baru berusia setahun kebanyakannya masih belajar bertatih untuk berjalan. Malah ada yang masih belum pandai berjalan pun lagi, apatah lagi untuk melakukan aktiviti las4k.

Namun bagi anak kepada Carolin dan Patrick Schreiber lain pula halnya. Anaknya yang diberi nama Peppa baru sahaja berusia setahun sudah memiliki kemahiran untuk bermain luncur salji.

PRI_150981860-tile

Pasangan Carolin dan Patrick Schreiber ini cukup menyukai salji dan ia turut menjadi kegemaran tiga anaknya iaitu Little Lumi, 7 tahun, Martti, 4 tahun dan Peppa, satu tahun.

Menerusi laporan portal luar, Little Lumi dan Martti berani meluncur dengan laju sehinggakan sesiapa sahaja yang melihat keletah dua beradik itu turut kagum.

28104452-0-image-a-21_1588834662514-tile

Malah adik mereka yang paling kecil Peppa juga tidak kurang hebatnya. Bagaikan mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, budak berusia setahun luncur salji ini cukup hebat beraksi!

Pandai mengimbangi badan, budak berusia setahun luncur salji ini juga tidak lepas menghisap puting ketika melakukan sukan tersebut, comel! Menurut ibu mereka, Carolin, 38 tahun, dia sendiri mula berjinak-jinak dengan luncur salji ketika berusia 2 tahun.

PRI_150981769-tile

Tambahnya lagi keluarga kecil mereka sentiasa berlatih dan terus melakukan latihan untuk memahirkan diri dalam aktiviti kegemaran ini. Bermula dengan membawa barang mainan dan patung, pasangan ini akan ‘meluncurkan’ barangan kegemaran anak-anak dan mereka akan meluncur mengejarnya menggunakan papan luncur.

Sumber: Metro.co.uk

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: HCL

Be the first to comment on "Aksi Luncur Salji Budak Berusia Setahun Ini Memang Hebat!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*