Tak senang duduk ‘terperangkap’ di kampung

MEREKA yang terper4ngkap di kampung sewaktu musim perayaan ini akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kini mungkin tidak senang duduk malah dalam dilema membuat pilihan.

Ini berikutan laporan media yang memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia, Datuk Shamsuddin Bardan, berkata pekerja swasta yang terbabit dengan kesalahan itu boleh dibuang kerja jika tidak kembali bertugas ke pejabat selama lebih dua hari berturut-turut.

Bagi penjawat awam pula, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, dilaporkan berkata mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terper4ngkap di kampung, akibat melanggar larangan rentas negeri.

Jika tidak balik bekerja, boleh dikenakan tindakan tatatertib, atau lagi teruk boleh hilang kerja, tetapi jika mahu balik bekerja, akan ‘kantoi’ sebab melanggar PKPB, malah terpaksa membayar kompaun pula.

Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pula berkata mana-mana pihak yang sudah pulang ke kampung sempena cuti perayaan dinasihatkan untuk tidak takut dengan kompaun dan tindakan undang-undang.

Beliau berkata, mereka perlu pulang atau berdepan risiko hilang pekerjaan, namun tindakan yang bakal dikenakan terpulang kepada p0lis memandangkan sekatan jalan raya (SJR) akan terus dikekalkan.

Jadi pilihan terletak di tangan anda, berani buat beranilah tanggung.

Semalam, kes positif c0v1d-19 terus merekodkan peningkatan iaitu sebanyak 187 kes baharu, setelah kembali melonjak kepada tiga digit pada hari sebelumnya dengan sebahagian besarnya membabitkan individu bukan warganegara.

Dengan kemunculan satu persatu kluster baharu, perjuangan menentang v1rus pembunuh tidak kelihatan ini nampaknya masih belum sampai ke penghujungnya hingga menuntut komitmen penuh dan jitu bukan sahaja barisan hadapan, bahkan rakyat Malaysia.

Seperti kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab memikul tugas membendung penul4ran w4b4k c0v1d-19 untuk memberi peluang petugas barisan hadapan ‘berehat’.

Patuhilah prosedur operasi standard (SOP), kita mampu memutuskan rantaian j4ngk1tan c0v1d-19. – BERNAMA

Sumber : BH Online/ @LubukMaklumatViral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebookl

Be the first to comment on "Tak senang duduk ‘terperangkap’ di kampung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*