“Saya Akan Buat Yang Terbaik Dan…,” – Tahniah! Datuk Eizlan Yusof Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah FINAS

Pelakon, Datuk Eizlan Yusof memaklumkan dirinya telah menerima perlantikan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menerusi entri terkini di Instagram, Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md. Yusof menzahirkan rasa syukur atas perlantikan berkenaan atas kepercayaan yang diberi.

“Syukur alhamdulillah, terima kasih YAB PM @muhyiddinyassin_official YBM @saifuddinabd @kkmm_gov atas kepercayaan yg diberikan.

“Terima kasih atas doa dan sokongan yg diberikan oleh semua, insyaAllah,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 48 tahun ini berjanji akan cuba memberikan yang terbaik bagi mengalas tanggungjawab berkenaan.

“Saya akan buat yg terbaik dan termampu utk melaksanakan tanggungjawab ini demi utk kemajuan industri kreatif tanahair dan seluruh warga seni kreatif @finasmalaysia,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur alhamdulillah… terima kasih YAB PM @muhyiddinyassin_official YBM @saifuddinabd @kkmm_gov atas kepercayaan yg diberikan… terima kasih atas doa dan sokongan yg diberikan oleh semua dan inshaALLAH saya akan buat yg terbaik dan termampu utk melaksanakan tanggungjawab ini demi utk kemajuan industri kreatif tanahair dan seluruh warga seni kreatif… @finasmalaysia

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti memberikan ucapan tahniah kepada buat bintang senior itu.

oto: Instagram Eizlan Yusof

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: MH

Be the first to comment on "“Saya Akan Buat Yang Terbaik Dan…,” – Tahniah! Datuk Eizlan Yusof Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah FINAS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*