Ratusan karya seni arw4h tok abah ‘berzaman’ terperap bawah katil, cucu tak sangka tahun 2020 ada yang sanggup beli

BAGAIKAN harta karun!

Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan ratusan lukisan yang ditemui jejaka ini.

Menurut Wan Mohd Hakimi Wan Hamizi, 24, dia sebenarnya sudah lama menemui lukisan lama milik arw4h datuknya, Wan Said Wan Ahmad.

Namun, peninggalan cukup berharga itu kembali menarik perhatiannya sewaktu dia mengemas rumah pada hari raya.

“Sebenarnya dah lama jumpa. Lukisan-lukisan tu ada dekat rumah arwah datuk dan nenek. Tapi dah lama dibawa ke rumah keluarga saya dan disimpan bawah katil sahaja.

“Jadi dalam dua hari lepas masa hari raya tak ada buat apa-apa, saya kemas-kemas kawasan rumah. Selongkar barang-barang bawah katil.

Posting Hakimi di Twitter.

“Bila terjumpa balik, saya kongsi di Twitter. Memang tak sangka akan tular,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Hakimi, anak kelahiran Selayang, Selangor itu mengakui timbul rasa nostalgia tatkala menatap karya-karya itu biarpun tidak pernah bersemuka dengan arw4h datuknya yang men1nggal dunia pada tahun 1989.

Bercerita lanjut, Hakimi berkata arw4h datuknya sememangnya gemar menghasilkan lukisan cat air bermotifkan panorama desa.

Ada dalam 20 orang yang mesej minta nak beli, antaranya memang pengumpul-pengumpul koleksi. Tapi saya memang tak akan jual.

WAN MOHD HAKIMI WAN HAMIZI

CUCU

“Ayah kata, arw4h atuk hanya akan melukis pada waktu malam sahaja. Ayah sendiri pun minat melukis tapi dah lama tak praktikkan.

“Macam saya, bolehlah melukis. Tapi saya lebih minat kepada fotografi yang menggunakan filem, arwah atuk pun suka fotografi juga,” ujarnya lagi.

Menurut penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, dia tidak menyangka ada individu yang berminat membeli lukisan arw4h datuknya.

Hakimi enggan menjual koleksi lukisan milik arw4h datuknya.

Namun, dia enggan menjual ‘harta pusaka’ keluarganya itu sebaliknya mahu menyimpannya dalam cara yang lebih baik dan sistematik selepas ini.

“Ada dalam 20 orang yang mesej minta nak beli, antaranya memang pengumpul-pengumpul koleksi. Tapi saya memang tak akan jual.

“Setiap lukisan arwah atuk ada dicatat tahun ia dihasilkan. Saya nak jadikan ia dalam bentuk katalog, susun ikut tahun… letak dalam frame.

“Saya dengan ayah pun terkejut, tak sangka orang zaman sekarang dah mula hargai seni macam ni. Tapi ia ada nilai buat keluarga, kami akan simpan sahaja,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Ratusan karya seni arw4h tok abah ‘berzaman’ terperap bawah katil, cucu tak sangka tahun 2020 ada yang sanggup beli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*