Bila Datuk Rosyam Nor tak sengaja b0ngkar KISAH SILAM Pablo Amirul

Melakonkan watak antag0nis sebagai Jimbo dalam filem Polis Evo  kehadiran pelakon baharu, Pablo Amirul mula disedari.

Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd Sakri ini sebenarnya mula berlakon sejak tiga tahun lebih bermula 21 April 2012.

Jejaka kelahiran Kelantan ini yang pernah belajar di Universiti Sau Paulo, Brazil dalam bidang perniagaan dan perhubungan interaktif dari 2003 hingga 2005, bermula sebagai pelakon tambahan dalam drama Sejadah Putih siaran Astro Oasis selain beberapa buah telefilem. Dia seterusnya menjadi pelakon ‘stand in’ dalam filem Gangster Celop.

Lima bulan selepas menjadi pelakon tambahan, dia kemudiannya diberi peluang muncul dalam filem Anak Jantan yang mempertemukannya dengan dua pelakon iaitu Farid Kamil dan Bront Palarae. Kedua-dua pelakon berkenaan dianggap mentornya. Terbaharu turut menjadi rujukannya dalam dunia lakonan ialah Shaheizy Sam dan Fezrul Khan.

Pablo turut memberitahu dia pernah melalui zaman kemurungan dalam hidup sejak umur 25 tahun. Sebelum itu, dia pernah melakukan pelbagai kerja dalam meneruskan survival hidup.

Muncul dalam live bersama Datuk Rosyam, Pablo berkongsi kisah kehidupan silam dan perng0rbanan seorang Ibu.

“Ibu seorang yang paling  tabah. Selepas berc3rai, dia bawa lari kami adik beradik di KL. Tiada kerja dan terpaksa hidup merempat. Saya berkongsi bukan nak buka ai1b tapi nak kongsi peng0rbanan ibu saya. Setelah bersusah payah, Ibu dapat jadi cikgu, selepas itu baru ada rumah kami ada 4 orang adik beradik.

Ibu Kerja Gr0

“Semasa  dibesarkan oleh ibu, Pablo ingat dia seorang cikgu, tapi rupanya malam  dia kerja GR0. Tujuan Pabl0 berkongsi jangan ingat seorang Ibu yang  j4hat you boleh ai1bkan dia. Ada sebab ibu saya buat mcm tu, masa tu ibu tunggal nak jaga 4 org anak

“Saya pernah lihat ayah saya pvkul mak saya, mak sya jual kereta dan jual barang nak hantar Pablo belajar di Brazil. Saya seorang ped3ndam, sepanjang berada di Brazil, saya tak pernah guna “bin Mohd Sakri” sebab saya benc1i ayah saya. Cuma bila saya dengar bagaimana perjalanan hidup arw4h di kebum1ikan pada hari jumaat walapun apa dia dah buat, Allah dah tempatkan  dia ditempat yang baik. Saya rasa mula kec3wa ‘what kind of son’ am i.

“Saya rasa meny3sal tak solat, tak baca yasin untuk dia selepas itu hidup Pablo terus jatvh. Saya pernah kerja bank negara dan buat perkara yang tidak betul sehingga di buang kerja.

“Saya dulu kuat melawan, kuat menjerit dengan ibu saya. sejak kecik saya suka bersendirian. Tak ada insan yang lebih hebat dari  ibu. Apa yang Pablo ada hari ini kerAna berkat doa seorang ibu. Bapa saya suka berhvtang, suka berjvdi, sampai nak jual ibu saya. Kalau di beri pelaung, Pablo tak nak pergi Brazil. Di sebalik kejaya pablo hari ini, ialah doa ibu

Berikut video perkongsian Pablo yang mengundang sebak

“Biasalah dalam satu tahap kehidupan, saya melalui kesukaran dalam soal kerja dan hubungan cinta. Dua tahun setengah juga saya melalui fasa kemurungan itu. Dalam tempoh itu juga saya hidup hanya bersandarkan wang simpanan atau lebih tepat dengan tidak bekerja. Kemudian selepas itu, saya umpama diberikan satu panggilan kesedaran untuk bangkit semula. Umpamanya baru nak dapat ped0man hidup.

“Dalam pada itu, saya ada berdoa nak jadi pelakon secara tiba-tiba. Ia dipermudahkan dan selangkah demi selangkah, kerjaya ini mula membuka pintu rezeki kepada saya. Beberapa hari selepas itu saya ada tawaran jadi pelakon tambahan selain berjinak-jinak dalam dunia peragaan,” katanya.

Mampu Jadi Hero Pilihan

Jika betul percaturannya, Pablo mampu menjadi hero pilihan tak lama lagi. Memiliki pakej tersendiri termasuk wajah lelaki sejati dan berbadan tegap, Pablo boleh dikatakan mempunyai aura tersendiri. Setakat ini Pablo sudah membintangi 13 buah filem.

Tambah Pablo lagi, dia pernah bernaung di bawah MIG Talent milik David Teo selama setahun setengah. Kini selepas tidak lagi diuruskan MIG, Pablo memilih untuk berada di bawah pengurusan Kat & Kids milik pelakon Shaheizy Sam. Di bawah pengurusan baharu itu, Pablo mengakui kerjayanya mula lebih teratur.

“Saya masih hijau. Jadi sedikit sebanyak dengan nasihat dan bimbingan pelakon yang saya sebutkan (Farid Kamil, Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Fezrul Khan), saya ada tempat rujukan. Kalau mereka ada terdengar saya tersasar ke jalan yang ‘s4lah’, merekalah yang akan perbetulkan saya. Selama tiga tahun ini juga saya boleh diibaratkan seperti pelakon tipikal yang tidak menggunakan media untuk menaikkan nama.

“Saya dididik mereka untuk hanya berkongsi sesuatu perkara apabila ada produk (drama atau filem). Saya bimbang andai cerita yang dikongsi tidak setimpal dengan pencapaian kerjaya seni saya. Malah, selepas tiga tahun ini, saya sudah mula memikirkan untuk lebih serius melakukan penjenamaan nama saya di arena seni,” katanya yang dihubungi BH Online baru-baru ini.

Mengenai watak Jimbo yang dilakonkannya, dia mengakui ia antara watak yang paling mencabar, memenatkan dan trag1is pernah dilakonkannya.

“Saya turut melakonkan babak aksi sendiri untuk watak itu. Secara asasnya watak itu diilhamkan Shaheizy Sam dari awal sampai akhir penggambaran. Shaheizy Sam mahukan watak Jimbo naik perlahan-lahan dan seterusnya menyerlah dengan tersendiri,” katanya.

Ditanya mengenai nama Pablo yang digunakannya sebagai nama komersial, dia memberitahu semua itu tercetus ketika belajar di Sau Paulo.

“Oleh kerana nama sebenar saya sukar disebut dan saya mula bercampur dengan orang di sana, maka akhirnya nama Pablo yang dipilih. Nama itu saya lihat mempunyai signifikan tersendiri terhadap cerminan diri yang agak member0ntak, bersemangat bebas dan berani menjalani hidup seorang diri,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : M.B/ Berita Stedy Press

Be the first to comment on "Bila Datuk Rosyam Nor tak sengaja b0ngkar KISAH SILAM Pablo Amirul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*