“Bukan Saya Yang Taip & Hantar…” – Akaun Instagram Digodam, Reen Rahim Mohon ‘M4ngsa’ Berhati-Hati

Pelakon Reen Rahim memaklumkan akaun Instagramnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Reen, terdapat beberapa individu yang telah menerima mesej palsu dari akaun Instagramnya itu.

Mesej palsu itu mengajak ‘mangsa’ bermain permainan online untuk memenangi wang sebanyak RM100.

“DM Reen kena hack, tengok story Reen, harap korang jangan buat game tu.

“Bukan Reen taip, bukan Reen send,” tulis Reen menerusi sebuah entri di Instagram.

Dalam pada itu, Reen turut memohon orang ramai yang pernah mengalami perkara sama untuk membantunya menyelesaikan masalah itu.

“Mohon siapa yang pernah kena tolong share cara nak selesaikan masalah ini,” tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Reen telah memberi respon pos1tif dan memberi beberapa cadangan untuk membantu pelakon kesayangan mereka itu.

Dalam perkembangan lain, Reen kini tampil dalam filem Syif Malam Raya yang kini ditayangkan di Astro First, saluran 480.

Selain Reen, filem tersebut turut menampilkan bintang YouTube Syahmi, Asif dan Yoe serta barisan artis lain seperti Saiful Apek, Atu dan ramai lagi.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Bukan Saya Yang Taip & Hantar…” – Akaun Instagram Digodam, Reen Rahim Mohon ‘M4ngsa’ Berhati-Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*