Gara-gara PUBG, isteri lari tinggalkan anak dan suami

Seorang wanita berstatus isteri orang dikatakan sanggup meninggalkan suami dan anaknya yang masih kecil berusia tiga tahun gara-gara permainan atas talian PUBG yang popular dalam kalangan remaja.

Wanita dari Penarik, Setiu itu dikatakan menghilangkan diri sejak 31 Mei lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

Menurut suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Apis, 24, dari Kampung Pantai Merang, Permaisuri, Setiu, isterinya yang berusia 22 tahun itu gagal dikesan dan dikatakan telah keluar menggunakan sebuah motosikal.

” Ini adalah kali kedua dia telah menghilangkan diri macam ni. Yang pertama hujung tahun lepas.

” Memang kami ada bertengkar sebelum hari dia menghilangkan diri.

Berkenalan dengan lelaki lain dalam PUBG

” Ini kerana dia asyik dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga bertindak sedemikian,” katanya kepada Astro AWANI.

Dia yang hanya membuat kerja-kerja di kampung kesal dengan kejadian itu memandangkan anak mereka masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Jelasnya kali terakhir isterinya itu dikesan adalah di sekitar Manir apabila motosikal tersebut ditinggalkan di sebuah pasaraya di kawasan terbabit.

Dia dan keluarga juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Penarik, Setiu tentang kehilangan isterinya itu pada Selasa (semalam) dan berharap agar mana-mana pihak dapat membantu mengesan isterinya itu dengan segera.

” Saya dan keluarga turut risau dengan keselamatannya kerana telah beberapa hari tidak pulang dan tidak tahu di mana dia berada.

” Harap pihak polis dan orang ramai dapat membantu mencari dia dengan segera,” katanya lagi.

Difahamkan, wanita dari Penarik, Setiu itu dikatakan menghilangkan diri gara-gara permainan itu dan gagal dikesan sehingga kini.

Sementara itu menurut sumber lain juga mengatakan wanita berusia 22 tahun itu keluar rumah dengan menunggang motosikal.

” Wanita itu dipercayai terlalu leka dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga sanggup meninggalkan keluarga.

” Kali terakhir wanita itu dilihat adalah di sekitar Manir yang mana motosikal miliknya ditemui di sebuah pasar raya di kawasan terbabit.

” Susulan kejadian, ahli keluarga wanita itu membuat laporan di Balai Polis Penarik, Setiu petang semalam berhubung kehilangannya,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

” Buat masa ini, kami masih mengesan wanita berkenaan,” katanya.

Sumber : http://limauais.pw/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Gara-gara PUBG, isteri lari tinggalkan anak dan suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*