Ada 2 elemen penting semasa PM8 berucap yg ramai tak perasan

Saya rasa ramai orang tulis poin-poin penting, terutamanya berkaitan bantuan-bantuan baru kerajaan kepada rakyat, daripada ucapan Perdana Menteri ke-08 #PM8 tadi. Jadi saya tak tulis pasal tu la ye, OK?

Saya sekadar nak tulis cara cakap PM8 berucap sepanjang PKPCovid19 ni sangat relaks; ada dua elemen yang saya rasa sangat penting iaitu

1) Sentuh hal-hal rakyat sahaja; bagaimana nak jaga diri, bantuan-bantuan kepada rakyat, cara nak jana ekonomi, Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, mak cik Kiah jual pisang goreng, Suami Masak Apa Hari Ni, bla bla bla.

Ucapan ada doa yang dibaca tenang, yang ni terasa dekat di hati.

2) Tak sebut pasal politik kepartian; tak sebut kerajaan sebagai Kerajaan PN, tak sebut pasal Pembangkang walaupun ada je artikel-agenda PH yang viral, tak nampak berpolitik sepanjang PKP ini.

Dan ada sekurang-kurangnya satu kali ada kerendahan diri apabila menyebut ayat berbunyi (lebih kurang) begini “Walaupun kerajaan ini bukan kerajaan pilihan anda, anda harus tahu kerajaan ini sangat komited prihatin untuk menjaga rakyat…” Dan ada elemen memohon maaf daripada rakyat. Ingat tak?

Sekadar pemerhatian saya, sebagai seorang rakyat marhaen sahaja. Sebab saya rasa, PM8 ni tampak abah-abah betul. Macam abah jaga anak. Rasa rilek dengar ucapannya, tak rasa kelam-kabut risau…

PM8 hantar hadiah kepada Sugu Pavithra, ingat? Oh, ini sangat win

Moga cepat Allah hilangkan pandemik Covid19 ini dari muka bumi. Tak larat dah tengok insan-insan mulia berkorban berjuang menjadi barisan hadapan… Dan tak larat dah tengok sebilangan manusia yang hentam sana-sini menuding jari. Kita ini sesama manusia, be

Berikut reaksi netizan

“Saya berdoa agar keadaan dapat dikawal sebaiknya…” – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengumumkan mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek sebentar tadi.

Seperti ucapan sebelum ini, beliau sudah semestinya menyelitkan unsur-unsur nasihat dan petikan surah al-Quran yang sering menjadi perhatian penonton dan pendengar.

Pada penghujung kata, beliau dan barisan jemaah menteri akan bekerja keras untuk memberi khidmat yang terbaik buat rakyat selain berdoa agar semua situasi dapat dikawal dengan sebaiknya.

“Sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan akan berlaku, namun itulah kuasa dan perancangan Allah. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran ayat 54…

“Buat seluruh rakyat Malaysia, marilah bersama-sama saya dan barisan jemaah menteri saya untuk memastikan negara kita terus maju dan gemilang,” katanya.

p/s: Sama-sama kita doakan semoga TS Muhyiddin sentiasa dalam rahmat Allah dan di permudahkan segala urusan untuk mentadbir negara

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://musangviral.com/ Media Malaya

Be the first to comment on "Ada 2 elemen penting semasa PM8 berucap yg ramai tak perasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*