Rentas Negeri Tanpa Syarat Selepas 9 Jun? Ini Keputusan Undian MKN

Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kini banyak memberi kelonggaran kepada rakyat berbanding PKP yang dilaksanankan sebelum ini.

Namun apakah yang diharapkan akan diputuskan selepas berakhirkan fasa ini selepas 9 Jun ini?

Melalui undian yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi aplikasi Telegram pada Selasa mendapati rata-rata rakyat Malaysia mengundi kerajaan membenarkan semula rentas negeri seperti sedia kala.

Daripada 222,500 responden, 64 peratus mengundi kebenaran rentas negeri dan 57 peratus membuat pilihan supaya membenarkan semua aktiviti keagamaan.

Ini diikuti dengan 35 peratus memilih agar sektor pendidikan beroperasi semula seperti biasa.

Sebanyak 34 peratus memilih untuk membenarkan aktiviti melibatkan penjaja, pasar minggu, pasar tani, pasar malam dan perkhidmatan gunting rambut.

Dalam pada itu, aktiviti hiburan dan riadah seperti panggung wayang, karaoke, muzium, taman tema meraih sebanyak 12 peratus.

Manakala aktiviti seni kreatif yang melibatkan penggambaran, rakaman filem, drama dan dokumentari hanya mendapat 10 peratus undian.

Paling bagus sekali apabila aktiviti perjudian di undi paling sedikit dengan hanya memungut 3 peratus.

Kesedaran dilihat semakin menerangi hati rakyat Malaysia tentang keburukan tabiat berjudi. 3 peratus yang mengundi mungkin dari kalangan kaki judi tegar.

Sumber foto telegram MKN

Sumber: Astro AWANI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.gengtravel.com/Media Malaya

Be the first to comment on "Rentas Negeri Tanpa Syarat Selepas 9 Jun? Ini Keputusan Undian MKN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*