Faizal Tahir Sedih Ramai Yang H4nyut Dengan Aksi ‘Lathi Challenge’

Pasti ramai tahu sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai cabaran Lathi Challenge yang memperlihatkan transformasi wajah biasa sebelum berubah menjadi wajah yang m3nyeramkan.

Perkara itu turut mendapat perhatian Faizal Tahir yang meluahkan rasa sedih apabila melihat segelintir umat Islam ramai yang terikut-ikut untuk melakukan cabaran tersebut.

Berkongsikan pendapatnya mengenai perkara itu di Twitter, Faizal berkata seseorang Muslim perlu berfikir semasak-masaknya sebelum bertindak meniru budaya luar.

Malah, Faizal turut menyifatkan aksi tersebut bertentangan dengan ajaran Islam dan hanya membuang masa. Faizal turut mengatakan tiada kebaikan dan faedah diperoleh dengan melakukan aksi tersebut, serta tidak memberi sumbangan kepada amalan apabila m4ti kelak.

Turut memberikan pesanan pada dirinya sendiri, Faizal memberi pesanan agar tidak terikut-ikut dengan perkara yang tular di media sosial dan tidak mensia-siakan akal diberikan Tuhan.

Lathi Challenge dikatakan bermula selepas seorang remaja dari Indonesia, Jharna Bhagwani, tampil meny4hut cabaran pengikutnya untuk membuat kandungan klip video menggunakan lagu Lathi pada 18 Mei lalu.

Antara selebriti tempatan yang menyahut Lathi Challenge ialah Mawar Rashid. Bagaimanapun, aktres itu kemudian memadamkan video berkenaan selepas aksinya itu mengundang rasa kur4ng senang orang ramai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:ROTIKAYA

Be the first to comment on "Faizal Tahir Sedih Ramai Yang H4nyut Dengan Aksi ‘Lathi Challenge’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*