“Ini Bukan Trend Lah” – Ramai Tak Puas Hati TMJ S1ndir Kempen #BlackoutTuesday

Tindakan orang ramai termasuk golongan selebriti tanah air menyuarakan sokongan untuk keadilan atas kem4tian George Floyd tidak dipersetujui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Kredit foto: IG

TMJ menyifatkan orang ramai yang menyertai kempen #blackout dengan memuatnaik gambar layar hitam sebagai terikut-ikut trend semasa.

“Beribu Muslim m4ti di seluruh dunia hingga hari ini, tak ada pula kaki ikut trend semasa ni semua buat kempen pray for Muslims.

“Jangan senang sangat terikut propaganda,” tulisnya yang menyifatkan tiada beza antara semua agama dan kaum.

Bagaimanapun, nampaknya ramai juga yang kurang senang dengan pandangan TMJ itu.

Mereka menyifatkan TMJ tidak faham tujuan sebenar kempen blackout itu diadakan.

Kredit foto: Twitter

Kem4tian lelaki kulit hitam, Floyd selepas polis kulit putih di Minneapolis menekan leher Floyd dengan lututnya menimbulkan kemarahan dan bantahan rakyat Amerika Syarikat dan negara lain.

Susulan itu, tanda pagar #BlackOutTuesday menjadi trending sebagai sokongan untuk menuntut keadilan dan bantahan di atas kem4tiannya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber : – CARI/Berita Stedy Press

Be the first to comment on "“Ini Bukan Trend Lah” – Ramai Tak Puas Hati TMJ S1ndir Kempen #BlackoutTuesday"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*