“Anak Nang1s, Dia Turun Dulu Pujuk,” Wanita S3bak Lihat Cara Lelaki Ini Layan Anaknya

Tular berkenaan seorang lelaki yang dijumpai sedang mengipas anaknya yang sedang di tidur di sebuah kaki lima baru-baru ini.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Wan Aisyah Aisyahh yang berkongsikan berkenaan lelaki tersebut, isteri lelaki berkenaan telahpun men1nggal dunia ketika anaknya itu baru berusia 2 bulan.

Disebabkan itu, dia dikatakan tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga bayinya itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

BUKAN TAK NAK KERJA! TAPI ANAK KECIK LAGI!

Saya boleh kerja tapi kena bawak anak. Anak saya kecik lagi. Saya tak harap orang jaga.

Kasih bapa pon bawa ke syurga. Selepas isteri men1nggal ketika baby itu umur 2 bulan kerana banyak penyak1t. Maknya bersalin czer di hospital HKL. Terus Kak Cah teringat sakitnya bersalin selepas operate tu.

Sejak dari itu. Cari kerja. Orang tak nak bagi kalau bawak anak. Ye lah kan sape nak bagi. Nanti anak menang1s dia juga kena layan. Pastu kerja ape je boleh buat.

“Abang ni tak harap kalau bagi orang jaga”. Okay Kak Cah pernah lalui fasa ini. Kak Cah 4 tahun baru dapat baby. Bila baby keluar. Sangat susah hati bila nak bagi orang jaga. Tak harap. Risau pikir negatif semua ada lah. Tambah dengar berita macam-macam pasal p3ngasuh dera anak.

Dan Kak Cah yakin, ramai jugak orang pernah rasa macam tu. Ayah atau mak rasa benda yang sama. Kalau kita ada isteri harapkan isteri untuk jaga anak. Kalau isteri takde? Harap kan mak, tapi kalau mak pon takde?

Kita tak tahu situasi dan perasaan sayang sangat pada anak dia.

Sempat bagi kerja

Hari ni kak cah sempat bagi kerja betulkan langsir di Airawa Spa.

Hello Gaiss, kak cah sebak wei. Sebak gila wei. Sebab apa, bila dia panjat tangga nak drill anak dia nangis. Dia turun dulu pujuk anak dia. Pastu naik balik sambung, ulang 2,3 kali macam tu. Anak dia tak nak kat orang lain. Kak cah yang comel manis melenting ni pon anak dia tak nak. Apa tah lagi nak bagi orang lain jaga.

Kak Cah tengok dia sangat caring dengan anak dia, sayang giler. Bukan lakonan. Kak Cah mak anak 3 ni dapat rasa. Itu saja peninggalan isteri untuk dia. Dia takde sape-sape lagi selain anak dia. Kak Cah percaya dia nak buat yang terbaik untuk anak dia.

Nak siapkan langsir makan masa yang lama kot, sebab nak bagi anak dia selesa dengan suasana, turun naik abang tu betulkan langsir. Penat nampak dia, tapi bersungguh.

Sebelum kak Cah bagi kerja pon, dia beri kerjasama yang baik. Kak Cah tengok dia berpengalaman jugak lah dalam buat wiyering tu guna barang ape semua dia tahu. Means dia memang ada kemahiran tu, dan pernah kerja.

Serba salah tak bagi kerja

Kita jangan banyak sangat fikir negat1f sedangkan situasi tu kita tak pernah pon merasa.

Boleh jumpa dengan dia pon bila Kak Cah turun dari Airawa spa batu caves hq lepas shooting video skit. Dia nampak Kak Cah terus dia datang kat Kak Cah.

Cakap “saya tunggu kakak itu hari kakak tak ada” serba salah pulak Kak Cah. So Kak Cah ape lagi tak cakap banyak, suruh terus dia buat kerja. Cari tangga baru dan drill baru. Punya nak bagi dia kerja sekarang, sebab rasa bersalah buat dia tunggu hari tu.

1 lagi Kak Cah nak share. Tadi staff Kak Cah nampak abang tu ambik air bek4s orang buang dalam tong sampah. Air tu macam air teh ais yang ada sisa-sisa. Dia bagi anak dia minum. Kak Cah dengar ya Allah ya tuhan ku. Sedihnya.

Hari ni pon ramai Kak Cah tengok orang jumpa dia, tapi tak tahu la cakap ape.

Dan Kak Cah tahu dia nak ikut orang pon. Dia bukannya berani sangat, dia risau jugak.

Yang nak bagi kerja tu, rasanya kena bincang balik sebab nampak gayanya dia memang tak harap orang lain jaga lagi. Dia kata anak dia kecik lagi, tunggu besar.

Hari ni dia ada lagi. Esok Kak Cah tak tahu dia ada lagi ke tak.

Sumber: Wan Aisyah Aisyahh/SIAKAP KELI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "“Anak Nang1s, Dia Turun Dulu Pujuk,” Wanita S3bak Lihat Cara Lelaki Ini Layan Anaknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*