PKPB Sambung atau Tidak, Ini Kenyataan Rasmi dari Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman berkaitan kebenaran untuk orang bujang merentas negeri pulang ke kampung, pada Ahad.

Justeru, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap golongan bujang dapat bersabar dan menunggu perkembangan rasmi mengenainya.

PKPB: PM akan umumkan ‘sesuatu’ untuk orang bujang esok – Ismail Sabri

Ismail Sabri meminta golongan bujang menunggu pengumuman Perdana Menteri esok.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan membuat pengumuman berkenaan jika perkara itu tidak disentuh oleh Perdana Menteri.

“Untuk orang bujang yang nak merentas negeri, saya difahamakan Perdana Menteri akan umumkan sesuatu esok.

“Jadi tunggulah sebab saya takut kalau saya umum, nanti lebih awal daripada Perdana Menteri… jadi tunggu Perdana Menteri akan umum sesuatu. Kalau PM tak sebut saya akan sebut, untuk orang bujang… bersabar hingga esok,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri dijangka menyampaikan Perutusan Khas secara langsung di semua platform media massa esok.

KENYATAAN RASMI PERDANA MENTERI

Laman Facebook Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa hari ini beliau akan bersiaran secara langsung untuk memberitahu tentang PKPB.

Sudah pasti ini yang dinanti oleh rakyat semua selepas semalam ramai yang beranggapan perkara PKPB ini akan diutarakan dalam perutusan khas semalam.

Apa jua keputusan esok sudah pasti rakyat pasti akan menyokong. Selama ini kepimpinan Perdana Menteri telah berjaya mengawal C0V19 dan menjaga kebajikan rakyat.

Sangkaan Meleset

Ramai sebelum ini menjangka Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung atau sebaliknya, semasa Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada Jumaat.

Bagaimanapun, sangkaan itu meleset apabila beliau tidak membuat sebarang pengumuman mengenai perkara berkenaan.

Perdana Menteri sebaliknya menumpukan kepada usaha memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi”.

Ramai Minta Rentas Negeri Tanpa Syarat Selepas 9 Jun

Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kini banyak memberi kelonggaran kepada rakyat berbanding PKP yang dilaksanankan sebelum ini.

Namun apakah yang diharapkan akan diputuskan selepas berakhirkan fasa ini selepas 9 Jun ini?

Melalui undian yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi aplikasi Telegram pada Selasa mendapati rata-rata rakyat Malaysia mengundi kerajaan membenarkan semula rentas negeri seperti sedia kala.

Daripada 222,500 responden, 64 peratus mengundi kebenaran rentas negeri dan 57 peratus membuat pilihan supaya membenarkan semua aktiviti keagamaan.

Ini diikuti dengan 35 peratus memilih agar sektor pendidikan beroperasi semula seperti biasa.

PKPB sebelum ini dilaksanakan dari 4 Mei hingga 12 Mei 2020. Ia kemudian dilanjutkan selama empat minggu dan berakhir pada 9 Jun ini.

Hari ini melalui  perutusan khas Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman khas pada jam 3 petang mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://musangviral.com/ Koleksi Viral

Be the first to comment on "PKPB Sambung atau Tidak, Ini Kenyataan Rasmi dari Perdana Menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*