Mana Amyza Aznan?

PERMOHONAN pelakon dan model, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul supaya Mahk4mah Tinggi Kuala Lumpur memasukkan penghakiman terhadap Amyza Aznan yang sehingga kini gagal menjawab sam4n f1itnah bagi menuntut ganti rugi RM3 juta akan didengar pada 10 Julai depan.

Sam4n itu adalah berhubung kenyataan Amyza atau nama sebenarnya Azizah @ Amyza Aznan, 46, yang didakwa menggunakan kata-kata kes4t, memf1itnah, dan mem4lukan Zarina.

Ia susulan kenyataan Zarina menyel4r perbuatan artis tempatan memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan berikutan wab4k Cov1id-19.

Hakim Datuk Azimah Omar menetapkan tarikh itu ketika prosiding kes sam4n berkenaan yang turut dihadiri peguam Nurul Hafidzah Hassan bagi mewakili Zarina.

Hakim turut mengarahkan supaya surat pemberitahuan dihantar kepada defendan iaitu Amyza bagi memaklumkan tarikh baharu pendengaran permohonan berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada Khamis.

“Masih belum ada jawapan, jadi kita failkan dia (Amyza) tidak hadir dan tunjukkan pada mahkamah.

“Amyza langsung tidak membalas surat dihantar dan kita masih belum menerima apa-apa memorandum daripada pihaknya.

“Dalam masa sama, mahk4mah juga akan mentafsirkan jumlah tuntutan selepas mendengar permohonan kami mengikut aturan 13 kaedah 2,” katanya Nurul Hafidzah kepada mStar.

Peguam mewakili Zarina, Nurul Hafidzah Hassan (kiri) dan Zeti Zulkifli (kanan).

Terdahulu, Nurul Hafidzah memberitahu mahk4mah bahawa maklumat kes itu tersebar di media massa dan defendan sepatutnya mengambil maklum berhubung prosiding hari ini.

Peguam itu berkata, Amyza juga masih belum memasukkan kehadiran untuk menjawab sam4n tersebut sejak ia difailkan pada 23 April lalu.

Untuk rekod, Nurul Hafidzah berkata sam4n itu diberi kepada defendan melalui serahan tangan serta pos berdaftar pada 24 dan 28 April lalu.

Dalam sam4n itu, Zarina, 34, selaku plaintif, mendakwa selepas pengumuman kerajaan berhubung BPN kepada golongan B40 dan M40 yang berpendapatan bulanan RM8,000 ke bawah, sebahagian daripada golongan artis tempatan turut menyuarakan pendapat mereka, dan menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu memberikan satu ‘bantuan khusus’ untuk penggiat seni.

Mengikut penyataan tuntutan itu, Zarina yang juga seorang usahawan mendakwa, dia memuat naik video di laman sosial Instagram miliknya pada 28 Mac lalu, yang secara umum menyatakan bahawa ‘bantuan khusus’ tersebut adalah tidak perlu dan hanya golongan artis yang layak, boleh memohon BPN seperti rakyat lain.

Zarina tuntut saman RM3 juta.

Dakwanya, pada 29 Mac lalu satu kumpulan dikenali sebagai ‘Bantuan Cov1id-Seni 2020’ ditubuhkan menggunakan aplikasi pesanan ringkas Telegram bagi membincangkan mengenai bantuan Cov1id-19 kepada artis tempatan, dan kumpulan itu mempunyai sekurang-kurangnya 819 ahli terdiri daripada penggiat seni termasuk Amyza.

Plaintif mendakwa melalui kumpulan itu, Amyza mengeluarkan kenyataan fi1tnah terhadapnya, menyebabkan ramai ahli kumpulan berkenaan turut dipengaruhi oleh fi1tnah itu, selain mendakwa defendan juga mengeluarkan kenyataan memf1itnah di Instagram miliknya untuk paparan umum yang dimuat naik April lalu.

Dakwanya, kenyataan fi1tnah itu antara lain membawa maksud bahawa, plaintif seorang yang berperangai burvk, tidak bertanggungjawab, dan sering menabur fi1tnah terhadap artis-artis lain, dan akibat kenyataan itu, beliau mengalami kemurvngan kerana dim4lukan dan reputasinya turut tercalar.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am atas kehilangan reputasi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah, permohonan maaf daripada defendan.

Selain itu, defendan juga dihalang daripada mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan memf1itnah, mem4lukan, atau menjatuhkan reputasi plaintif, pada masa akan datang, kos serta relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar/ Metro Kini

Be the first to comment on "Mana Amyza Aznan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*