Peny4kit meningtis hampir ragvt nyawa Eric Fuzi

KUALA LUMPUR: Meskipun sudah lebih 12 tahun berlalu, pemain keyboard kumpulan Floor 88 yang juga pelakon masih menghidapi kesan daripada peny4kit meningtis yang menyer4ngnya pada 2008.

Eric Fuzi, 28, berkata, meningitis iaitu jangkitan kuman pada saraf selaput otak yang menyer4ngnya pada usia 16 tahun membuatkannya lebih peka menjaga kebersihan sebagaimana perlu mematuhi saranan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mencegah penularan COV1D-19.

“Bukan disebabkan virus COV1D-19 sahaja, malah sebelum ini, saya peka dengan kebersihan kerana meningitis berpunca daripada jangkitan kuman menerusi cecair rongga seperti telinga dan hidung.

“Contohnya seperti ‘headphone’ dan ‘earphone’, sebagai penyanyi, itu antara kelengkapan penting. Disebabkan itu, saya tidak berkongsi. Sejak itu, saya berjaga-jaga dengan setiap alatan yang digunakan tak kira ketika persembahan mahupun berlakon.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hai.. buat apa tu? Baby dari tadi tak buat apa.. asyik memikirkan kamuu je. b4gi tiT3w ❤️ cik3d ! Mu4achhX

A post shared by Backup Dancers Floor88 (@ericfuzi_f88) on

“Antara kesan yang dihidapi hingga hari ini adalah saya tak boleh terdedah dengan cahaya terang. Saya mudah silau dan penglihatan akan kabur. Jadi, saya selalu memakai cermin mata hitam.

“Bukan itu sahaja, saya sensitif dengan banyak perkara. Saya tidak boleh mengangkat berat kerana air tulang belakang yang diambil membuatkan saya sering sakit belakang. Jangan tak tahu, saya hanya berani memandu kereta, tahun ini,” katanya kepada BH Online.

Masih jelas dalam ingatan, Eric pernah terlantar selama sebulan di Hospital Serdang, Selangor. Ekoran itu, berat badannya turun mendadak daripada 70 kilogram hingga 45 kilogram.

Bagaimanapun, katanya, selepas menjalani fis1oterapi, berat badannya naik mendadak sehingga kini.

“Saya tak mengeluh kerana ujian ini membuatkan saya lebih menghargai orang sekeliling, terutama ibu saya. Dia sanggup mengetepikan kerjayanya demi menjaga saya.

“Pengalaman ini mengajar saya menghargai masa dan menjaga kesihatan. Ujian ini seperti teguran, sekejap kita boleh menjadi orang paling kuat dalam dunia, tetapi sekelip mata boleh jatuh s4kit.

“Jadi, sebagai manusia saya kena sentiasa beringat, apatah lagi, saya pernah merasa kes4kitan yang membuatkan saya fikir hampir meninggal dunia. Tetapi, syukur umur saya dipanjangkan sampai hari ini,” katanya.

Disebabkan peny4kit itu juga, Eric pernah mendiamkan diri daripada dunia lakonan buat sementara waktu.

Eric dikenali dalam bidang lakonan menerusi filem I Know What U Did Last Raya, Kayangan, Budak Lapok, Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib dan Dunia Baru The Movie.

Sementara itu, mengulas perkembangan Floor 88, Eric berkata, mereka kini aktif menghasilkan kandungan untuk laman YouTube, memandangkan persembahan masih tidak boleh dijalankan.

“Syukur dalam keadaan begini, kami masih boleh jana pendapatan menerusi laman YouTube. Dalam sibuk mencari bahan kandungan, kami juga menggunakan ruang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk menghasilkan lagu baharu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nampak macam abg perhatikan je,tapi sebenarnya abg pejam mata dan abg menghayati je.. #peningkepala

A post shared by Backup Dancers Floor88 (@ericfuzi_f88) on

“Selain itu, Floor 88 sedang merancang mengeluarkan telefilem kerana kami menghasilkan satu karya, setiap tahun. Cuma, kami belum berkesempatan, tahun ini. Insya-Allah, kami akan memulakan penggambaran pada awal Ogos ini,” katanya.

Terdahulu, Floor 88 pernah tampil dengan telefilem, Kau Roadblock Hatiku dan Tok Moh Talent Agency.

Dalam perkembangan lain, Eric bakal muncul dalam filem Mencari Rahmat yang turut dibintangi Nam Ron, Amerul Affendi, Fauziah Nawi dan Sharifah Amani yang dijangka bakal ditayangkan, tahun ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : BH Online

Be the first to comment on "Peny4kit meningtis hampir ragvt nyawa Eric Fuzi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*