“X De La Giler..” – Janna Nick

Seperti sudah menjadi satu trend apabila selebriti terjun dalam dunia perniagaan dan bergelar usahawan. Tidak ketinggalan, pelakon dan pengacara Janna Nick turut mengeluarkan produk kecantikannya sendiri yang diberi nama WhiteFluffy.

Apa yang mengejutkan ialah kurang dari 6 jam ianya dilancarkan, produk tersebut sudah habis dijual. Sebanyak 3,500 set berjaya dijual dan dianggarkan jumlah jualan bernilai RM122,500. Produk tersebut dijual pada harga RM35 setiap satu set.

Menerusi Instagram, Janna meluahkan rasa syukur dan memberitahu ia merupakan kejayaan paling bermakna untuk dirinya. Janna juga tidak menyangka pr0duknya itu mendapat sambutan luar biasa.

“Malam paling bermakna untuk I cayang. Sebanyak 3500 habis dijual kurang dari 6jam. Korang memang g1ila.

“Semalaman tak boleh tidur sebab nak launch White Fluffy dan malam ini pun macam tak boleh tidur sebab terlalu happy,” tulisnya.

Tahniah Janna di atas pencapaian tersebut. Apa pun Janna sememangnya bijak mencari peluang untuk menambah pendapatan dan diharap ianya dapat memberi inspirasi buat anak muda diluar sana.

JANNA NICK KONGSI FOTO BERCUTI TARIK PERHATIAN NETIZEN :

NETIZEN KOMEN KENA BALAS DENGAN JANNA NICK :

LAIN2 KOMEN :

See u tomorrow at melodi mommy!😍

andai noh buat sanggoi tinggi 😂 share lah i nak sanggoi macam you jugak 😂

No 8 tk leh tengok pic …

Sumber : IG JANNA NICK

Be the first to comment on "“X De La Giler..” – Janna Nick"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*